Famili

Tak Boleh Guna Sijil Mati Jika Mahu Keluarkan Duit Simpanan Arwah Suami- Peguam

1.1K
SHARES

Kehilangan orang tersayang pasti memberi tamparan hebat dalam kehidupan. Lebih-lebih lagi mereka merupakan orang terdekat seperti ibu bapa, suami dan adik beradik.  Hal ini dapat disamakan dengan perkongsian seorang peguam bernama Faridah Begum Abdul Rahman yang terkilan dan sayu melihat seorang wanita terkial-kial di bank. Ikuti perkongsian berfaedah ini di bawah.

Baca juga: Selepas Suami Meninggal Dunia, Apa Perlu Isteri Buat? Wanita Ini Kongsi Tips & Pengalaman

TAK BOLEH GUNA SIJIL MATI JIKA MAHU KELUARKAN DUIT SIMPANAN ARWAH SUAMI

Pagi tadi saya ke Public Bank yang office ada akaun dan tengah tunggu giliran untuk berjumpa dengan pegawai yang selalu buat urusan syarikat. Masa itu terdengar perbualan antara seorang wanita lingkungan 30an dengan Pegawai bank.

“Saya nak keluarkan duit simpanan arwah suami saya dan bagi sijil mati suami kepada pegawai di situ”. 

Pegawai di kaunter serba salah lalu bagitahu “Eh Puan kena ada surat kuasa mentadbir. Tak boleh guna sijil mati untuk keluar duit si mati” 

“Kenapa surat kuasa bagai. Saya isteri sah. Sijil mati yang asal ini tak cukup buktikeh untuk saya keluarkan duit arwah? Saya dah tak ada duit nak bayar sewa rumah, makan minum semua “ dan mula nangis di kaunter itu.

Pegawai pun serba salah dan bagitau “minta maaf puan, ini syarat bank. Bukan bank ini saja, mana-mana institusi kewangan pun sama juga syarat dia, cuba tanya lawyer itu” sambil tunjuk ke arah saya.

Saya pun ceritakan cara-cara nak buat surat kuasa, macamana nak dapatkan wang/ bantuan khairat kematian dan sebagainya. Ramai antara kita tidak tahu apa itu Surat kuasa mentadbir dan cara-cara nak dapatkan surat kuasa ini. Senang tak prosesnya? jawapannya mudah tapi tak mudah.

Di Malaysia, kita boleh pohon surat kuasa mentadbir ini di 3 institusi (mengikut syarat nilai harta pusaka dan pilihan waris-waris iaitu:

1.  Bahagian harta pusaka kecil Pejabat Tanah

2. Amanah Raya

3. Mahkamah Tinggi

Ketiga-tiga ini mempunyai syarat dari segi nilai harta pusaka tersebut. Contohnya, nilai harta pusaka di bawah 2 juta boleh difailkan dan didengar di pejabat tanah. Namun yang selalu membezakan antara ketiga-tiga institusi adalah tempoh masa, kos dan proses yang perlu dilalui.

Sumber: Facebook Faridah Begum Abdul Rahman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×