Famili

“Tak Boleh Guna Pendekatan Sama”- Kementerian Pendidikan Malaysia Komited Atasi Cabaran Covid-19

2.2K
SHARES

Pada Mac tahun ini, Malaysia digemparkan dengan pandemik Covid-19 yang telah menganggu gugat keadaan negara. Hampir seluruh sektor terjejas begitu juga dengan sektor pendidikan.

Bukan mudah bagi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengekalkan kelestarian sistem pendidikan negara dalam situasi begini. Pelbagai cabaran dan tindakan yang kondusif perlu diambil bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran pelajar tidak terjejas.

Maka, hari ini kita ingin membawa anda menelusuri tindakan yang telah diambil oleh pihak KPM dalam usaha menangani isu ini.

ADA SEKOLAH YANG MASIH DIBUKA DI ZON MERAH, APA PENDEKATAN & GARIS PANDUAN YANG KPM AMBIL?

Jika diperhatikan, setiap kali anda scroll Facebook pasti ada banyak pihak yang memuat naik status dan komen, masing-masing berteka-teki tentang garis panduan yang pihak KPM ambil bagi menentukan kriteria-kriteria pembukaan dan penutupan sesebuah sekolah.

Untuk pengetahuan anda, KPM tidak melakukan sebarang tindakan secara semberono. Sebaliknya, KPM bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memastikan keputusan yang diambil bersesuaian dan menepati garis panduan yang ditetapkan oleh KKM dan MKN.

Apabila keputusan untuk membuka semula sesi persekolahan diambil, KPM telah pun menyediakan garis panduan baru bagi memastikan SOP dipatuhi dan sekiranya berlaku jangkitan dalam kalangan pelajar dan guru tindakan yang sewajarnya dapat diambil dalam waktu yang singkat.

Anda perlu tahu, corak dan cara penyebaran sesuatu kes adalah berbeza dan memerlukan pendekatan yang berlainan. Maka, kerana itulah KPM sentiasa mendapatkan maklum balas daripada MKN dan semua jawatankuasa pengurusan bencana sebelum sesuatu tindakan diambil.

Jadi, anda janganlah cepat panik dan salah anggap. Tidak semestinya sesebuah sekolah di zon merah perlu ditutup jika keadaan masih terkawal. Tambahan lagi, KPM sentiasa memantau sekolah-sekolah ini bagi memastikan tiada sebarang penularan kes baru berlaku.

LAWAT 64 BUAH SEKOLAH SECARA MENGEJUT, MENTERI KANAN PENDIDIKAN DEKATI PELAJAR & GURU

Bagi melihat sendiri bagaimana pematuhan SOP Covid-19 dilakukan pihak sekolah, YB Dr Radzi Jidin telah turun padang secara mengejut tanpa sebarang pekeliling ke beberapa buah sekolah terpilih. Kehadirannya yang tidak diketahui itu, adalah untuk melihat situasi sebenar proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung selain menyantuni pelajar, guru dan pihak sekolah.

Dalam sehari, YB Dr Radzi Jidin dapat melawat 9 buah sekolah dan pendekatan ini dilihat cukup mesra rakyat dan berkesan bagi melihat sendiri sama ada pematuhan SOP dijalankan dengan betul atau tidak.

Ternyata, hasil pemerhatian beliau mendapati pihak sekolah dan guru bukan sahaja mematuhi SOP malahan telah melakukan yang terbaik bagi memastikan tiada pelajar yang tercicir dalam proses pembelajaran. Good job guru dan pihak sekolah Malaysia!

Namun begitu, cabaran terbesar pihak KPM ialah prestasi pelajar dilihat tidak konsisten. Penguasaan tahap pembelajaran adalah berbeza bagi setiap pelajar. Ada diantara mereka yang sedikit tercicir kerana akses yang terhad terhadap peranti yang sesuai dan juga internet semasa proses pembelajaran melalui kaedah home base learning dijalankan.

Berada dalam situasi pandemik, jalan penyelesaian yang ada agak terhad. Akan tetapi itu bukanlah satu penghalang buat KPM. Dengan bantuan guru-guru di Malaysia, kerja rumah dihantar ke rumah pelajar-pelajar tersebut hingga ada guru yang menjelajah sehingga 13 buah kampung hanya untuk membantu muridnya supaya tidak ketinggalan. Memang salute habis!

INI KENAPA HARI RABU DIPILIH BAGI MEMULAKAN SESI PERSEKOLAHAN

Kami yakin timbul banyak tanda tanya mengapa hari Rabu dipilih sebagai hari permulaan sekolah. Kenapa tak tunggu hari Isnin baru mula sekolah? Kami juga berteka-teki pada mulanya tapi betullah kata orang, biarkan mereka yang arif buat kerja kerana jawapan yang diterima adalah diluar kotak pemikiran kami.

Hari Rabu dipilih sejurus lampu hijau diberikan oleh KKM kerana ia terletak di pertengahan minggu. Sekiranya, berlaku peningkatan kes secara tiba-tiba atau SOP yang digunakan tidak lagi relevan, sekolah dapat ditutup secara naturally iaitu pada hari minggu.

Jadi, tidak akan ada sebarang gangguan yang berlaku jika sekolah perlu ditutup secara mengejut.

ATASI CABARAN DENGAN CEPAT & SELAMAT- ITU FOKUS KPM!

Tindakan yang diambil adalah wajar selaras dengan garis panduan daripada KKM dan MKN. Tidak hairanlah jika KPM diberikan pujian dan dalam masa yang sama menerima banyak sokongan rakyat.

Kehadiran Covid-19 adalah diluar jangkaan dan seluruh dunia masih lagi bertungkus-lumus memikirkan cara terbaik untuk melawan virus ini. Akan tetapi, terima kasih yang tidak terhingga kita ucapkan buat KPM kerana berjaya menangani dan menyediakan garis panduan yang tepat untuk digunakan pada masa ini.

Sehingga kini, tanpa henti KPM telah memberikan yang terbaik dan sentiasa mengkaji sekiranya terdapat kaedah lain yang boleh digunakan untuk melestarikan lagi sistem pendidikan di Malaysia. Jadi, kita sebagai rakyat, jangan mudah melatah dan cepat gelabah. Sebaliknya, patuhi SOP yang telah ditetapkan.

Terima kasih warga pendidik!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×