Dapur

Tak Ada Idea Bekal Anak Ke Sekolah? Cuba Buat Capati Ini, Inti Boleh Letak Macam-Macam Tau!

110
SHARES

Bekalan makanan untuk anak bawa ke sekolah setiap hari adalah sangat penting. Hal ini kerana, makanan yang dimasak di rumah dan dari air tangan seorang ibu adalah sangat bagus untuk anak-anak. Tetapi, kadang-kadang buntu juga idea bekal makanan apalah yang anak-anak nak bawa ke sekolah. Takut bosan pula kalau asyik menu yang sama kan? Apa kata cuba buat capati? Tetapi, ni bukan capati biasa-biasa tau sebab kita boleh isikan inti mengikut kesukaan anak-anak! Jom cuba!

http://www.icampinmykitchen.com/

PERKONGSIAN RESIPI

Assalamualaikum. Salam Jumaat penuh barakah. Kak su nak berkongsi resepi capati versi kak su. Mudah, sedap dan lembut.
Anak-anak suka bawa bekal ke sekolah, dengan inti yang pelbagai lagi seronok dia makan dengan kawan-kawan. Makanan terjamin bersih dan halal. Anak-anak  dapat ramai kawan…alhamdulillah.

Bahan-bahan capati

2 cawan tepung atta/capati
2 cawan tepung gandum
300 ml air suam
1/3 cawan minyak masak
1 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder.
Masuk semua bahan kering, gaul. Kemudian masuk air suam. Uli sekejap. Hingga tidak melekat di tangan.

LANGKAH-LANGKAH

1. Gaul semua adunan.

www.facebook.com/groups

2. Jadikan bentuk-bentuk sebegini

www.facebook.com/groups

3. Guna roller untukd dapatkan doh roti macam ini.

4. Selesai dicanai…masak tanpa minyak. Kalau nak sedap dan wangi boleh sapu dgn minyap sapi/ ghee.

5. Sejukkan sebentar…kemudian bileh simpan dalam bekas kedap udara. Boleh tahan dalam peti sejuk untuk beberapa hari. Bila nak makan …panaskan kuali semula…20-30 saat je.

6. Siap! Boleh isikan inti mengikut kegemaran anak-anak.

Idea Untuk Inti

1.Tuna mayo dan cheese
2.Chocolate nuttella
3.Jam dan kaya
4.Daging burger dan salad
5.Telur hancur dan cheese

*Kesimpulannya, ikut lah selera anak tekak masing-masing dan yang paling penting adalah selera anak-anak. Pelbagaikan rasa supaya dapat mengelakkan perasaan bosan anak-anak untuk makan. Mesti seronok bila anak-anak dapat berkongsi bekal bersama rakan-rakan di sekolah kan?

Sumber: Suzianah Dahlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×