Cantik

Susah Nak Terlena? Cuba 7 ‘Tricks’ Yang Akan Buat Anda Terlena Dalam Beberapa Minit Saja!

4
SHARES

Sekejap pusing kiri, sekejap pusing kanan. Bilalah mata ni nak terpejam lena? Kalau anda selalu mengalami keadaan seperti ini, apa kata cuba 7 ‘tricks’ yang boleh menjadikan anda mengantuk dan terlena dalam masa beberapa minit sahaja!

giphy.com

1. JANGAN TERLAMPAU MENCUBA

http://blog.walkjogrun.net/

Pernah tak rasa macam kadang-kadang kita terlampau mencuba nak bagi mata terpejam? Buatlah macam mana pun, tak boleh juga tidur. Rupanya, cara anda ini adalah salah. Lagi anda mencuba untuk tidur, lagilah anda akan susah untuk terlena. Ingatkan diri anda bahawa tidur ini sama seperti lapar dan ia adalah proses secara semulajadi badan kita. Oleh itu, latih diri supaya terbiasa dengan jadual tidur yang tetap dan kerap bersenam.

2. TUTUP LAMPU

http://www.20min.ch/

Selagi lampu tak dipadamkan, selagi itulah kita tak tidur. Menurut kajian, tidur dalam keadaan gelap adalah lebih berkualiti dari tidur dalam keadaan terang. Ada juga situasi dimana kita sudah tak perlukan lagi jam penggera kerana tubuh badan kita sudah terbiasa dengan waktu tidur. Kalau bilik kita ada tingkap dimana cahaya mudah masuk, secara automatik kita akan terjaga dari tidur. Oleh itu, sesiapa yang takut tidur dalam bilik gelap tu, jangan pula buka lampu terang-terang okay.

3. MANDI DENGAN AIR PANAS

http://www.unstressyourself.com/

Mungkin ramai yang pernah dengar bahawa mandi dengan air panas dapat membantu untuk anda mendapatkan tidur yang lena kan?. Ya! Tepat sekali! Mandi dengan air panas dapat membantu anda untuk merelaksakan minda dan hormon. Jadi, buat anda yang selalu sibuk dengan kerja tu, apa kata cuba untuk mandi dengan air panas dua kali seminggu. Bila dah jadikan sebagai amalan, mesti tidur lena lah selepas ini. Bukan tidur saja lena, kulit pun makin cantik!

4. PAKAI STOKIN

http://www.phillymag.com/

Bukan semua orang suka pakai stokin ketika tidur kerana rasa rimas. Tetapi sebenarnya, buat anda yang sukar mendapatkan tidur yang lena tu, boleh cuba untuk memakai stokin ketika tidur. Kaki yang tidak terdedah dengan sejuk dan sentiasa panas memang akan menjadikan tidur anda lebih lena. Selain itu, tidur dengan memakai stokin juga akan melancarkan sistem perjalanan darah dalam badan kita. Tumit kaki pun akan kurang merekah bila tidur memakai stokin tau!

5. BERANGAN

www.themavencircle.com

Haa, ini mungkin ramai yang suka buat. Tapi janganlah pula berangan sampai tak tidur ke pagi. Konteks berangan di sini adalah kita memenangkan minda. Mungkin ada yang berangan nak pergi melancong ke atau nak pergi membeli-belah sebelum tidur pun boleh juga. Ini akan membantu anda untuk menenangkan minda dan badan dan secara tidak sedar, anda dah terjaga pada waktu pagi. Kalau tak, susah sangat nak tidur kan?

6. BACA BUKU

http://www.magazination.com/

Selain berangan, cara lain untuk memudahkan kita cepat mengantuk dan tidur adalah dengan membaca buku. Janganlah pula anda membaca bahan bacaan yang berat. Sebaliknya, baca bahan bacaan yang ringan seperti buku motivasi, majalah atau novel. Sekurang-kurangnya sebelum tidur tu dapat juga menimba ilmu walaupun sedikit kan? Ini akan membantu minda anda kembali relaks dan kita pun cepat mengantuk kalau terlalu lama membaca.

7. MATIKAN TELEFON BIMBIT

isolatorfitness.com

Sebelum tidur lah nak tengok kembali segala perkembangan dalam sosial media kan? Sampai lewat malam pun tak tidur lagi. Selain itu, waktu kita tengah tidur pun akan ada lagi orang yang akan call kita sampai terganggu konsentrasi semasa tidur. Oleh itu, cara nak elakkan situasi seperti ini adalah dengan matikan telefon bimbit sejurus sahaja kita berada di atas katil. Boleh kalau nak tengok sosial media tetapi hadkan masa dalam 15-20 minit sahaja dan selepas itu, matikan telefon bimbit.

*Gunakan tips ini, tak ada masalah lah nak terlena dalam masa beberapa minit sahaja kan?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×