Famili

Penat Jadi Suri Rumah Sampai Pengsan, Suami Menyesal Tak Pernah Hargai Isteri

9
SHARES
SURI RUMAH

Bergelar seorang suri rumah bukan satu perkara yang mudah. Pelbagai perkara perlu diuruskan dalam satu sama dan itu sudah tentunya memenatkan.

Itulah yang dialami oleh seorang isteri tetapi tidak diluahkan. Kepenatan tersebut menyebabkan dia pengsan di rumah seperti yang dikongsikan oleh suaminya.

Baca juga: Bayi Usia 10 Hari Diberi Makan Bubur Nasi, Ibu Ini Dikecam Dalam Tiktok!

PENAT SURI RUMAH JANGAN AMBIL RINGAN, BAHAYA

SURI RUMAH

Menerusi aplikasi X, ada seorang suami meluahkan rasa sedih apabila melihat keadaan isterinya yang merupakan seorang suri rumah.

Suami berusia 29 tahun itu memberitahu perkahwinannya telah dikurniakan 2 orang cahaya mata. Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) juga ada di rumah untuk mengawasi keadaan isteri dan anak.

Namun satu hari, apabila dia melihat CCTV, keadaan si isteri sangat mengejutkan di mana sudah terbaring di rumah tamu.

Dia bergegas pulang ke rumah untuk membawa isteri ke hospital. Setibanya di sana, isteri tersayang terpaksa dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat keadaanya yang serius.

“Saya menangis terduduk bila dengar doktor cakap. Semua orang terkejut dengan berita ini. Isteri saya perlu direhatkan sehingga badan betul-betul kuat. 

“Doktor beritahu pembuluh darah dia pecah dan difahamkan stres sebab penat buat kerja seharian,” luahnya.

Kejadian ini telah membuatkan si suami membuka mata bahawa kepenatan begelar suri rumah tidak boleh dibuat main. Katanya, isteri pernah mengadu keletihan sebelum ini.

“Penat seorang isteri jangan dibuat main. Jangan jadi terlambat macam saya. Kalau isteri mengadu penat, maksudnya memang penat. Jangan pernah lupa tanya khabar isteri setiap hari,” jelasnya.

Dia menyesal kerana sebelum ini tidak pernah menghargai pengorbanan seorang isteri sehingga lupa tarikh penting seperti hari jadi dan lain-lain.

Baca juga: Kelahiran Bayi Di Malaysia Suku Pertama Tahun 2024 Dilaporkan Makin Menurun

Sumber: X Mein Mokhtar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×