Kini Trending

Siraplimau ‘Panaskan’ Karnival Jom Heboh Dengan Demonstrasi Muay Thai!

21
SHARES
jom heboh 2022

“JOM..JOM..JOM HEBOH!”

Nampaknya Karnival Jom Heboh kini sudah kembali! Bakal berlangsung pada 25 & 26 Jun 2022 dari 8 pagi sehingga lewat malam bertempat di Anjung Floria, Putrajaya, Karnival Jom Heboh tampil dengan lebih ranggi dan berwarna-warni untuk anda semua!

Baca juga: Siraplimau Bakal Meriahkan Karnival Jom Heboh Di Putrajaya!

SIRAPLIMAU ‘PANASKAN’ JOM HEBOH DENGAN MUAY THAI!

Seperti yang dijanjikan dalam edisi Karnival Jom Heboh kali ini, turut disertai oleh beberapa jenama media di bawah platform digital REV Media iaitu SiraplimauOhbulanSeismik TV dan Vocket. Pada hari Sabtu (25 Jun), Siraplimau akan membawakan pelatih profesional Muay Thai dari Merican Muay Thai untuk berkongsi serba sedikit tentang sukan tempur tersebut. Bukan itu sahaja, pengunjung juga berpeluang menyertai sesi demonstrasi bersama mereka!

Foto: Merican Muay Thai

Demonstrasi Muay Thai dari Merican Muay Thai ini akan mendedahkan anda dengan ilmu seni mempertahankan diri yang sangat penting khususnya untuk kaum wanita. Bukan sahaja demonstrasi, malah kita akan adakah sesi soal jawab juga dengan pelatih profesional bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai ilmu mempertahankan diri muay thai ini.

Bakal membariskan empat pelatih profesional untuk sesi demonstrasi, sesi ini juga akan diacarakan oleh Hanif Shawn, yang turut aktif menjadi ‘instructor’ zumba dan pengacara di DIDIKTV@NTV7.

NAK MENANG HADIAH? KENALAH JOIN AKTIVITI SIRAPLIMAU!

Nak menang hadiah menarik daripada Siraplimau? Jangan lupa sertai sesi muay thai ini dan anda berpeluang bawa pulang hadiah istimewa barangan eksklusif Siraplimau & Media Prima, pakej penginapan hotel dari Four Points by Sheraton Desaru, baucar dari La Juiceria, Kopi Saigon, Tony Romas, Manhanttan Fish Market, Nasi Ahmad dan tiket masuk ke Petrosains! Wah banyaknya!

Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk bawa seisi keluarga datang ke Karnival Jom Heboh Putrajaya tau! Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.jomheboh.com.my atau layari laman media sosial Facebook dan Instagram @JOMHEBOHOFFICIAL . Jangan lupa juga untuk like dan follow Instagram @mysiraplimau dan Facebook Siraplimau okay! #karnivaljomheboh #KJH

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×