Sihat

Sindrom ‘Faraj Terkunci’ Punca Suami Ugut Cerai? Apa Itu Vaginismus?

56
SHARES

Pernahkah anda dengar sebuah pasangan suami isteri tidak pernah dan tidak mampu melakukan hubungan intim?Jangan pelik kerana ianya keadaan yang pernah jadi. Tidak kepada semua pasangan ianya berlaku, tetapi penyakit ini memang wujud. Penyakit yang jarang diketahui orang ramai ini dikenali sebagai Vaginismus.

Seorang doktor, Dr.kash telah berkongsi di halaman Instagram dan juga TikToknya berkenaan dengan vaginismus. Apakah itu penyakit Vaginismus? Apa penyebab berlakunya sakit ini? Ada yang sampai nak bercerai sebab penyakit ini?

Baca juga: Jururawat Kongsi 3 Benda Wajib Ibu Bersalin Kena Siap-Siap Bawa Ke Hospital

INI YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG SINDROM FARAJ TERKUNCI

VIDEO) “Rawatan Ni Dah Tak Ada Makna Untuk Saya” – Hidap Penyakit Vaginismus, Suami Sanggup Ceraikan Isteri

Vaginismus adalah kekakuan otot dinding vagina yang tidak dapat dikawal oleh penderita, menyebabkan masalah penetrasi (penetrasi yang menyakitkan atau kesukaran penetrasi ) atau kegagalan penembusan (penembusan tidak dapat berlaku sama sekali).

Sehingga kini, tidak ada satu pun fakta saintifik yang menunjukkan penyebab vaginismus, jadi penyebab vaginismus tidak diketahui. Namun, ada beberapa penyebab utama Vaginismus yang telah disenaraikan oleh ahli perubatan.

APAKAH TANDA-TANDA VAGINISMUS?

Kanser serviks ketiga tertinggi dalam kalangan wanita, ujian HPV dan vaksin boleh kurangkan risiko - Famili | mStar

Kegagalan atau halangan untuk penetrasi vagina bukan disebabkan oleh kurang relaks atau takut, tetapi disebabkan oleh kekakuan otot dinding vagina yang tidak dapat dikendalikan oleh penderita.

Penetrasi vagina yang normal boleh berlaku pada bila-bila masa, dalam bentuk apa pun, dalam keadaan apa pun, walaupun wanita tidak mahu penetratasi . Penetrasi boleh berlaku tanpa rasa sakit, tanpa rasa takut, dan tanpa kekuatan, hanya berlaku dengan mudah. Sekiranya anda tidak mengalami ini itu, maka anda vaginismus

Gejala-gejala vaginismus mempunyai gred atau tahap severity yang berbeza. Tanda-tanda yang dialami oleh pesakit vaginismus seringkali mempunyai persamaan seperti berikut:

– Hubungan seks yang terasa sakit (dispareunia) dengan vagina mengetat dan sempit seakan pintu masuk ke vagina berasa seakan terkunci sehingga menyebabkan rasa sakit

– Kesulitan atau tidak dapat melakukan hubungan seks

– Rasa sakit seksual jangka panjang dengan atau tanpa penyebab yang diketahui

– Rasa sakit saat memakai tampon atau cubaan memasukkan jari ke dalam vagina

– Rasa sakit saat pemeriksaan gynecologist

– Kejang otot atau menahan nafas saat mencuba melakukan penetrasi.

APAKAH PUNCA VAGINISMUS?

Vaginismus: The common condition leading to painful sex - Medicine, Nursing and Health Sciences

Hampir 90% wanita yang mengalami vaginismus disebabkan oleh faktor psikologi seperti kecemasan, ketakutan dan lain-lain. Sementara 10% lagi adalah berpunca dari fizikal.
Konsultan dalam bidang seksual, Dr Boyke Dian mengatakan wanita yang berada dalam kalangan keluarga yang agamanya sangat kuat merasakan seks adalah aktiviti yang dilarang hingga mereka berasa takut semasa disentuh terutama selepas berkahwin.

Berikut adalah penyebab utama vaginismus :

– Takut untuk hamil

– Sentiasa membayangkan bahawa seks itu adalah aktiviti suami isteri yang menyakitkan.

– Perasaan cemas semasa melakukan hubungan seksual

– Trauma dengan pengalaman yang berkaitan dengan penderaan seksual

– Kurangnya ikatan emosi dengan pasangan

– Pengetahuan ilmu tentang seksual dan anatomi tubuh yang sedikit

– Berlaku jangkitan pada sistem reproduksi

– Komplikasi semasa bersalin sama ada secara normal atau czer

– Kekeringan vagina disebabkan masalah hormon

– Kekurangan cairan vagina disebabkan menopause

– Sakit di bahagian pelvis kerana pembedahan atau kecederaan

Vaginismus Treatment: Everything From Symptoms To Diagnosis

Pemulihan vaginismus hanya dapat dicapai melalui proses latihan dilatasi yang mencukupi. Namun, kerana tahap keparahannya berbeza bagi setiap pesakit, akan ada penderita yang hanya boleh memulakan latihan dilatasi mandiri dan ada yang tidak.

Bagi mereka yang boleh melakukan senaman dilatasi mandiri dengan jari, ia menggambarkan tahap keparahan vaginismus sebagai ringan. Sementara itu, bagi mereka yang tidak dapat memasukkan jari, ia menggambarkan tahap keparahan vaginismus yang berat / tinggi. Semua itu tidak dapat dikawal oleh penderita, itu hanya berlaku di luar kawalan penderita.

Video penuh:

@dr.kash_89

SINDROM FARAJ TERKUNCI . Penyakit yang dihadapi oleh ramai wanita . Kes pesakit diceraikan bukan lagi perkara baru . Sokongan suami sgt penting untuk kesembuhan. #vaginismusmalaysia #vaginismusbisasembuh

♬ suara asli – Ziell Ferdian – Ziell Ferdian

Sumber: Instagram @dr.kash_vaginismus, TikTok @dr.kash_89

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×