40 Minggu

Jururawat Kongsi 3 Benda Wajib Ibu Bersalin Kena Siap-Siap Bawa Ke Hospital

7
SHARES

Apabila kandungan telah mencapai 7 ke 9 bulan, amat penting juga untuk anda menyiapkan barangan yang perlu dibawa ke hospital supaya tidak mengalami terkejut nanti. Maklumlah, kita tidak pasti dan tidak tahu saat-saat kelahiran itu akan berlaku pada waktu bila.

Oleh itu, lebih baik untuk anda atau suami untuk menyediakan kelengkapan sebelum ke hospital. Tak pasti nak bawa apa? Jangan risau, seorang misi, Shazwani Wahab ada berkongsi akan 3 senarai barang yang penting yang anda harus bawa menurusi laman Facebooknya.

Baca juga: Ini Jenis-Jenis Najis Bayi Dari Normal Hingga Tak Normal Yang Mama Papa Kena Tahu

3 BENDA WAJIB YANG HARUS DIBAWA OLEH IBU YANG BERSALIN

“Aku ni misi. So aku ni suka tau perhati kalau ibu-ibu mengandung bawak barang untuk admit ward. Ada yang bawak 1 beg je. Ada tu bawak beg macam nak pergi holiday. Kalau boleh 1 rumah tu dia nak bawak”

Itulah apa yang dikata oleh seorang misi pada halaman Facebooknya. Mana tidaknya, ibu yang kali pertama nak bersalin mestilah excited nak menjadi ibu sampai hampir bawa semua benda yang telah disediakannya. Jadi, inilah antara senarai barang yang perlu di bawa oleh anda jika dah nak dekat waktu bersalin:

1. Barang kelangkapan bayi

Baju baby bawa je dalam 3 pasang. Ini kerana sesetengah hospital ada sediakan baju untuk bayi. Tak payah bawak sampai 10 pasang untuk si kecil anda. Baju baby bawak je dalam 3 pasang. Lagipun sesetengah hospital ada sediakn baju untuk baby. Tak payah bawak sampai 10 pasang.

Start 28 minggu hamil, anda dah boleh dah sediakan barang-barang anda. Bawa sahaja pergi kemana-mana. Pergi kerja ke,bercuti ke atau balik kampung, sediakan awal-awal supaya tak terkejut anda nanti.

2. Barang kelengkapan mak

Baju mak tak payah bawa 1 almari. Bawak baju masa nak balik sahaja. Ini kerana duduk wad, ibu yang nak bersalin akan pakai baju hospital.

3. Bawa dokumen penting

Benda sangat penting kena bawa masa daftar buku mengandung, ic dan sijil nikah atau kad nikah. Asingkan dalam 1 fail. Masuk terus dalam kereta.

Sekian, ini tips yang dikongsi oleh misi tersebut! Selamat melahirkan insan tersayang dan dipermudahkan urusan.

Sumber: Facebook Shazwani Wahab

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×