Asuh

Ini Jenis-Jenis Najis Bayi Dari Normal Hingga Tak Normal Yang Mama Papa Kena Tahu

79
SHARES
jenis-jenis najis bayi

Agak comel bagaimana ramai ibu bapa obses dengan segala benda yang bayi mereka lakukan, termasuk juga apa yang mereka hasilkan di dalam lampin mereka. Ianya sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menukar lampin si kecil mereka.

Tetapi sejujurnya, dari najis bayilah anda dapat tahu banyak perkara tentang kesihatan mereka, jadi ianya sangatlah berguna jika anda lebih memberikan perhatian kepada lampin kotor mereka. Tetapi bagaimana anda hendak tahu apa yang normal dan apa yang tidak?Oleh yang demikian, seorang pengguna TikTok @@momohouse_kj telah berkongsi jenis-jenis najis yang normal dan abnormal pada bayi.

Baca juga: Amal 5 Jenis Makanan Ini Untuk Memudahkan Proses Bersalin

JENIS-JENIS NAJIS BAYI YANG IBU BAPA PERLU KETAHUI

Memeriksa dan memahami kencing dan najis bayi baru lahir bukanlah sesuatu yang menjijikkan. Bahkan, ia merupakan satu cara terbaik untuk memeriksa kesihatan si manja dengan mudah.

Oleh yang demikian, ini adalah antara jenis-jenis najis bayi yang anda perlu ketahui:

NAJIS NORMAL

1. Najis meconium

Bayi baru lahir yang berusia kurang dari empat hari selalunya akan mengeluarkan najis berwarna hitam seperti minyak motor. Ianya hitam-hijau, melekit.

Najis ini dikenali sebagai meconium yang terdiri daripada cecair amnion, lendir, sel kulit dan perkara-perkara yang dicerna ketika di dalam perut ibu. Ia tidak terlalu mengeluarkan bau sehingga mungkin ibubapa tidak sedar bayi sudah membuang air besar.

Ia tidak terlalu mengeluarkan bau sehingga mungkin ibubapa tidak sedar bayi sudah membuang air besar. Setelah dua hingga empat hari, najisnya akan beransur-ansur lebih cerah dan menjadi kehijauan serta kurang melekit.

Perubahan ini merupakan petanda baik kerana ia bermaksud bayi sudah mula menghadam susu dan ususnya dalam keadaan baik.

2. Najis menyusu badan

Jika si manja minum susu ibu secara eksklusif, najisnya akan berwarna kuning dengan sedikit kehijauan serta mempunyai tekstur berkrim atau lenyek. Ia mungkin kelihatan seperti orang mengalami cirit-birit tetapi baunya tidak begitu busuk.

3. Najis minum susu formula

Bentuk najis bayi yang minum susu formula seperti terdapat kekacang dengan warna kuning-perang, perang gelap ataupun perang kehijauan. Ianya lebih mengeluarkan bau berbanding bayi yang minum susu ibu.

4. Najis warna hijau

Najis bayi warna hijau berkemungkinan disebabkan anda memperkenalkan makanan pejal dalam diet, terutamanya sayuran hijau

5. Najis bayi sembelit

Andai kata najis si kecil kelihatan seperti berbutir-butir, ia adalah jelas bayi ini menghadapi sembelit. Jika ini berlaku lebih dua kali ketika membuang air besar, adalah bagus untuk mendapatkan nasihat pakar.

Sembelit ini biasanya terjadi jika para ibu bapa memperkenalkan makanan baharu ataupun ia merupakan petanda bayi sensitif terhadap susu tidak kira susu soya, lembu, formula ataupun ibu. Kebiasannya anak sembelit biasanya akan dinasihatkan untuk beri mereka brown rice kerana kandungan fiber sangat tinggi. Dengan pengambilan brown rice ini najis bayi akan lebih lawas

Walaubagaimanapun ibu bapa disarankan untuk semak dengan doktor untuk mendapatkan nasihat sama ada perlu beri lebih air masak, jus dan sebagainya.

NAJIS TIDAK NORMAL

1. Najis yang berdarah

Jika bentuk najis bayi normal tetapi terdapat petanda darah merah, ia mungkin petanda bayi alahan pada susu. Apabila si kecil kerap sembelit juga boleh menyebabkan penderahan dan najis berwarna merah. Najis cirit-birit yang disertakan darah merah, ia adalah indikasi bahawa bayi mengalami jangkitan.

2. Najis yang berlendir

Najis berlendir selalunya terjadi kepada bayi yang sering mengeluarkan air liur. Hal ini kerana air liur ini tidak boleh dihadam. Akan tetapi ia juga mungkin petanda bayi anda alahan terhadap sesuatu. Jika perkara ini sering berlaku lebih daripada dua hari, dapatkan nasihat doktor dengan segera.

Biasa terjadi pada 4 keadaan :

– Si manja menhadapi alergik pada makanan
– Anak ada selsema atau batuk berkahak
– Banyak menjejes air liur
– Kemungkinan mempunyai jangkitan kuman dalam perut

3. Najis bewarna pucat atau kelabu

Najis bayi yang berwarna putih pucat atau seakan tanah liat adalah yang paling kerap berlaku.

Walau bagaimanapun, jika anda melihat sesuatu seperti ini lakukan pemeriksaan doktor dengan segera.

Ini kerana ia boleh menjadi tanda si manja mungkin mengalami masalah kesihatan berkaitan hati yang memerlukan rawatan.

Semoga dapat menjadi panduan kepada ibu bapa ya!

Video penuh:

@momohouse_kj

Bimbang warna najis anak berubah-berubah setiap hari?? #momohouse #tipsbayi

♬ DJ Tolong Ba Jauh – Kho ZibranGMP

Sumber: TikTok @momohouse_kj

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×