Advertorial

Sibuk Sepanjang Hari? Ini Tips Kekal Bergaya Dengan Kombinasi Peranti Pintar HUAWEI!

716
SHARES

Sebut saja HUAWEI, ia bukan lagi jenama yang anda boleh ragui! Sebaliknya, kehebatan produk ini bergerak pantas dalam industri teknologi perlu dipandang serius oleh penggemar-penggemar peranti mudah alih pada masa kini.

Jika anda seorang yang sentiasa sibuk dengan rutin harian termasuk bekerja, sudah tentu HUAWEI adalah pilihan yang paling tepat untuk anda menjalani kehidupan dengan lebih bijak dan terurus.

Sebenarnya kali ini kami nak kongsikan tips menarik apabila anda menggunakan peranti pintar HUAWEI Mate 30 Pro dan dipadankan dengan peranti pintar Kaca Mata HUAWEI X Gentle Monster untuk aktiviti harian anda.

1. Bergaya sakan dengan kaca mata pintar

Selepas penat bekerja, akhirnya waktu untuk pergi bercuti sudah tiba. Kami yakin anda mesti nak bergaya sakan sepanjang percutian, lebih-lebih lagi waktu bersiar-siar di tepi pantai sambil menikmati bunyi deruan ombak.

Kalau anda nak kekal berfesyen dan dalam masa yang sama nak minimumkan segala aksesori yang sarat, anda boleh cuba padankan outfit terbaik anda dengan kaca mata pintar Huawei x Gentle Monster.

Seperti namanya, selain berfungsi sebagai kaca mata yang mampu menjadi pelindung mata anda daripada sinar matahari yang terik, rekaannya yang sangat stylish juga akan membuatkan orang sekeliling kagum dengan penampilan anda.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan speaker dan mikrofon yang disambung secara Bluetooth kepada telefon anda. Ini membolehkan anda menjawab panggilan telefon dengan mudah.

Anda hanya perlu menekan bingkai cermin mata tersebut untuk menjawab panggilan. Pendek kata, anda tak perlu lagi berjalan sambil mengepit telefon antara bahu dan telinga sebaliknya boleh terus berbual sambil menikmati pemandangan.

2. Mainkan muzik kegemaran anda pada bila-bila masa

Apabila berada dalam kabin kapal terbang dalam perjalanan pergi ataupun pulang daripada melancong, sudah tentu anda ingin rehatkan badan sambil mendengar lagu kan?

Haa.. dengan kaca mata pintar HUAWEI X Gentle Monster, anda juga boleh mendengar lagu kegemaran anda tau. Untuk mengawal lagu, anda hanya perlu menekan dua kali di bahagian sisi. Apabila cermin mata dicabut, ia akan secara sendirinya memberhentikan lagu dari dimainkan, dan akan menyambung semula selepas 15 saat memakainya.

3. Kekalkan prestasi sepanjang masa

Bagi anda yang gemar bermain permainan video, anda juga boleh menjawab panggilan telefon tanpa gangguan dengan menggunakan kaca mata pintar ini iaitu anda hanya perlu menggerakkan kepala anda untuk menjawab panggilan tersebut.

Ia membenarkan anda bersembang dengan sesiapa saja termasuk rakan kongsi anda dalam tempoh melebihi 2 jam setengah dalam satu-satu pengecasan. Hebat tau!

Anda juga tidak perlu risau sekiranya kaca mata pintar ini kehabisan bateri, kerana ia boleh dicas semula dengan menggunakan bekas kaca mata pintar ini yang mampu menjadi pengecas tanpa wayar sehingga 8 jam!

4. Padankan dengan HUAWEI Mate 30 Pro sebagai pelengkap hari anda!

Ingat, kaca mata pintar HUAWEI x Gentle Monster lebih lengkap sempurna jika dipadankan dengan telefon pintar Huawei Mate 30 Pro.

Percutian atau kehidupan harian anda akan jadi lebih awesome sebab dengan menggunakan peranti ini, anda boleh menikmati tayangan video yang lebih imersif dan memuaskan kerana HUAWEI Mate 30 Pro ini dilengkapi dengan rekaan skrin 6.53 inci Flex OLED, janaan cip HiSilicon Kirin 990 (7nm), pembesar suara jenis stereo dan satu dari jenis ultrasonik.

Selain itu, anda juga boleh mengawal laras bunyi suara pada bahagian kiri dan kanan skrin tanpa perlu risau butang volume terkena sebarang kotoran dan debu.

Dari segi penawaran kameranya, telefon pintar ini hadir dengan sistem catur-kamera yang menggabungkan lensa 40MP+40MP+8MP+3D TOF, serta menyokong sistem zum digital sehingga 30X dan rakaman video gerak perlahan (Ultra Slow-Mo) 7680 FPS pada resolusi 720P. Dengan kebolehan kamera Huawei Mate 30 Pro ini, anda boleh merakam pelbagai gambar dan video yang menarik sepanjang percutian anda.

Antara fungsi menarik lain yang terdapat pada telefon pintar ini adalah, fungsi Air Gesture yang membolehkan anda untuk mengawal tatalan skrin dan menangkap paparan skrin dengan arahan tangan tanpa memerlukan anda untuk menyentuh skrin tersebut. Pendek kata, kalau anda sibuk berbabeque pun tak ada hal lah!

Anda juga boleh menetapkan kawalan Gesture ini seperti merakam skrin dengan mengetuk skrin, melancarkan dua aplikasi serentak dengan melakar garis pada skrin dan banyak lagi. Pendek kata memang lengkap dan cun.

 

Dan kalau anda nak tahu, satu lagi fungsi menarik yang terdapat dalam HUAWEI Mate 30 Pro ini ialah fungsi kolaborasi Multi-skrin dengan HUAWEI MateBook 13 membolehkan anda berkongsi skrin daripada smartphone dengan laptop tau. Memang terbaiklah!

Dapatkan HUAWEI Mate 30 Pro dan Kaca Mata HUAWEI x Gentle Monster untuk pengalaman terbaik!

Hebat kan teknologi peranti pintar HUAWEI? Selain terkenal dengan telefon pintar yang mempunyai spesifikasi terbaik, mereka turut menawarkan ekosistem peranti tersendiri untuk pengguna setia mereka. Dengan mewujudkan ekosistem HUAWEI yang tersendiri, kehidupan seharian pengguna mereka menjadi lebih mudah dan pantas.

Jadi apa yang anda tunggu lagi tu? Jangan lepaskan peluang untuk miliki HUAWEI Mate 30 Pro dan Kaca Mata HUAWEI x Gentle Monster untuk pengalaman penggunaan yang luar biasa. Sebarang maklumat lanjut tentang peranti HUAWEI Smart Life yang lain, anda boleh layari laman sesawang HUAWEI atau ke laman Facebook HUAWEI sekarang!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×