Advertorial

Tak Sangka Hidup Lebih Mudah Bila Anda Guna 4 Peranti Hebat HUAWEI Ini Untuk Kegunaan Harian

3.1K
SHARES

“Susahlah kalau beli device lain-lain jenama ni. Nak transfer fail susah, nak connect antara device pun kadang-kadang masalah”

Pernah mengalami situasi macam ni? Itulah, anda tak dapatkan peranti-peranti dari jenama HUAWEI. Mereka ada pelbagai peranti hebat dari telefon, earbud, kaca mata dan banyak lagi. Salah satu yang admin suka adalah jam pintar WATCH GT 2 yang boleh merekod aktiviti kecergasan kita supaya kekal aktif sepanjang hari.

Selain jam pintar, HUAWEI juga telah melancarkan smartphone flagship terakhir mereka iaitu siri HUAWEI Mate 30, baru-baru ini. Ia mendapat pujian dan sambutan hangat kerana rekaan, prestasi dan keupayaan kameranya ketika mengambil gambar.

Bukan saja dilengkapi fungsi kolaborasi multi-screen, ia juga boleh disambungkan dengan jam pintar WATCH GT2 yang admin sebutkan tadi. Baterinya tahan lama, reka bentuk eksklusif dan fungsi bantuan sukan serta kesihatan pintar sangat berguna bagi membantu penggunanya kekal cergas.

Kehidupan lebih pintar dengan HUAWEI Freebuds 3 & HUAWEI X Gentle Monster Eyewear

Bila bersenam, mesti anda suka dengar lagu atau tonton video kan? Kurang seronok rasanya kalau berlari atas threadmill tanpa muzik. Justeru, HUAWEI telah memperkenalkan HUAWEI Freebuds 3 yang boleh menjadi teman anda ketika di gym!

Bolehlah dengar lagu sambil berlari, bersenam dan berbasikal tanpa membawa telefon lagi lepas ni!

Jika anda mahukan aksesori yang lebih bergaya, HUAWEI turut memperkenalkan kaca mata HUAWEI X Gentle Monster Eyewear yang membolehkan anda berbual sehingga 2.5 jam untuk sekali charge. Dengan bekas yang tersedia bateri di dalamnya, anda boleh berbual lebih lama sehingga 8 jam!

Untuk menjawab panggilan, anda hanya perlu tap bahagian tepi bingkai kaca mata berkenaan. Disertakan dua mic dan speaker, perbualan anda lebih jelas seakan-akan bercakap face-to-face tanpa ada sebarang gangguan. Oh, ia juga menyokong bantuan suara!

Jawab panggilan, rekod aktiviti kecergasan dengan WATCH GT 2

Selain HUAWEI Freebuds 3 dan HUAWEI X Gentle Monster Eyewear, anda juga boleh jawab panggilan dari jam pintar WATCH GT 2 keluaran HUAWEI. Bukan sekadar jam, WATCH GT 2 hadir dengan pelbagai fungsi hebat yang sesuai buat anda yang mahu mengekalkan kecergasan.

Menggabungkan kelebihan teknikal, WATCH GT 2 mampu mengingatkan penggunanya sekiranya jantung berdegup kencang atau rendah. Ia juga mampu menjalankan pemeriksaan premature beat dan ujian ketepuan oksigen darah. Selain itu, penggunanya juga boleh menyemak kadar degupan jantung, tekanan pada diri dan pergerakan serta mengira bilangan langkah setiap hari.

Dengan pelbagai tema tersedia di paparan utama, WATCH GT 2 memberi idea untuk penggunanya menyesuaikan gaya mengikut senario. Malah, ciri paparan sentuh dan mod operasi butang yang ada turut membolehkan pengguna menukar mod dengan mudah.

15 mod sukan supaya anda kekal cergas

Untuk pengetahuan anda, WATCH GT 2 disertakan 15 mod sukan selain beberapa mod gym yang lain. Ini termasuklah 8 outdoor (berlari, berjalan, mendaki, berbasikal, trail running, open water dan triathlon) dan 7 indoor (berlari, berjalan, berbasikal, berenang, freedom training, elliptical machines dan rowing machines).

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah sambungkan WATCH GT 2 dengan HUAWEI Mate 30 atau mana-mana telefon pintar yang menyokong aplikasi HUAWEI Health, terus nikmati keseronokan bersenam sama ada indoor atau di gym. Senang kan?

Selain itu, WATCH GT 2 juga sesuai untuk anda yang sentiasa on-the-go kerana ia disertakan speaker dan microphone yang kalis air untuk setiap aktiviti kecergasan anda. Sama ada anda sedang berlari, berjalan atau mendaki, jawab panggilan dengan satu sentuhan dari jam pintar, mudahnya!

Malah, ia juga boleh memainkan lagu ketika bersenam kerana WATCH GT 2 disertakan storan besar yang mampu menyimpan sehingga 500 lagu. Jika anda install HUAWEI Music App dalam smartphone, anda boleh susun lagu pada jam dan buat playlist kegemaran!

HUAWEI Mate 30 Pro: Lebih pantas dengan cip generasi baru

Jika anda sudah mempunyai Watch GT 2HUAWEI X Gentle Monster Eyewear dan HUAWEI Freebuds 3, anda wajib ada HUAWEI Mate 30 Pro. Barulah lengkap ekosistem HUAWEI!

Untuk pengetahuan, HUAWEI Mate 30 Pro adalah model pertama yang dihasilkan dengan cip siri Kirin 990 generasi baru. Cip pemprosesan 7nm mampu mengendalikan pelbagai tugasan dari merakam video 4K HDR sehinggalah aplikasi AI.

Ia turut mempunyai ciri UFS 3.0 yang lebih pantas dan cekap berbanding generasi sebelumnya, namun kurang penggunaan kuasa yang menjimatkan bateri. Selain itu, antara muka EMUI 10 pada HUAWEI Mate 30 Pro yang memberikan paparan aplikasi terperinci, membolehkan pengguna melaraskan penggunaan kuasa optimum mengikut penggunaan aplikasi setiap hari.

Ekosistem terbaik hanya dari HUAWEI

Bagaimana? Menarikkan peranti HUAWEI yang admin kongsikan sebentar tadi? Jadi, mari kita sama-sama memasuki ruang ekosistem terbaik dan paling dipercayai yang ditawarkan HUAWEI. Anda hanya perlu “One Tap to Share” saja untuk memindahkan fail dari telefon ke komputer riba selepas ini. Mudah dan pantas!

Berikut adalah harga untuk setiap device yang admin senaraikan kat atas tadi…

  • Siri HUAWEI Mate 30: Bermula dari RM2,799 (RRP)
  • HUAWEI Matebook 13: Bermula dari RM3,599 (RRP)
  • HUAWEI WATCH GT 2: Bermula dari RM799 (RRP)
  • HUAWEI X Gentle Monster Eyewear: RM1,599
  • HUAWEI Freebuds 3: RM679
  • HUAWEI WiFi Q2 Pro: 499

Tunggu apa lagi? Gaya hidup pintar bermula dari anda bersama HUAWEI. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang HUAWEI Mate 30 ProHUAWEI X Gentle Monster EyewearWATCH GT 2 dan HUAWEI Freebuds 3 yang admin kongsikan tadi, layari laman web dan Facebook HUAWEI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×