Advertorial

Pelengkap Percutian Hujung Tahun, Ini Antara Smart Devices Huawei Yang Anda Wajib Bawa!

2.4K
SHARES

Nampaknya kita dah menghampiri ke penghujung tahun. Kami yakin ramai dekat sini yang dah mula bersiap sedia untuk pergi bercuti. Tapi anda mesti runsing waktu nak pergi travel ni mesti banyak barang nak kena bawa terutamanya gajet!

Jangan risau dulu, sebab HUAWEI ada penyelesaian untuk lengkapkan percutian hujung tahun anda. Jom kami kongsikan 3 peranti pintar HUAWEI yang anda wajib bawa bersama waktu travel nanti!

Dengar lagu guna kaca mata hitam?

Ya, cuba anda bayangkan. Anda berjalan-jalan di tepi pantai atau bersiar-siar di sebuah kota bersejarah di bawah terik panas sambil menikmati pemandangan sekeliling dengan kaca mata hitam dan dengar lagu kegemaran. Memang cun lah kan!

Kalau anda nak tahu, dengan adanya kaca mata pintar HUAWEI Gentle Monster ni, anda boleh mainkan lagu kegemaran anda pada bila-bila masa tau. Jadi, sambil-sambil elak silau panas matahari tu, dapat juga layan lagu. Selain itu, ia juga membolehkan anda menjawab panggilan telefon.

Kaca mata pintar Gentle Monster ni juga mengawal sokongan gestur, pengecasan nirwayar dengan kerangka pengecasan khas yang disertakan. Hadir dalam dua pilihan rekaan berbeza iaitu Smart Jackbye-01 dan Smart Eastmoon-01.

Jam tangan pintar teman percutian anda!

Selain kaca mata pintar HUAWEI Gentle Monster, anda juga mungkin perlukan jam tangan yang boleh memberi pengalaman percutian anda lebih ideal.

HUAWEI Watch GT2 hadir dengan reka bentuk yang elegan dan sangat sesuai dipakai untuk apa jua aktiviti termasuklah waktu pergi bercuti. Ia mempunyai ketahanan bateri yang sangat lama iaitu sehingga 2 minggu tau. Jam tangan ini berupaya untuk mengesan sehingga 15 jenis aktiviti sukan termasuk berjalan kaki, mendaki dan banyak lagi.

HUAWEI juga menambah fungsi panggilan bluetooth pada HUAWEI Watch GT 2 untuk pertama kalinya yang membolehkan pengguna membuat panggilan pada jarak sehingga 150m daripada peranti.

Change and customize your HUAWEI Watch GT2 with different colors and styles to refresh your everyday mood! With HUAWEI's self-developed wearable chip Kirin A1, the dual-chip design and intelligent power saving technology, it serves you day and night for up to 2 weeks.Get ready to #ExploreMoreGet yourself the new #HUAWEIWatchGT2 with FREE Fluoroelastomer Strap(Dark Green) worth RM69 now here at: http://bit.ly/HUAWEIWatchGT2MY! While stocks last.#SmartWatch #StylishWatch #SportWatch #WatchGT2 #Watches #Accessories

Posted by Huawei Mobile on Thursday, October 24, 2019

Selain itu, jam tangan pintar ini juga dibekalkan dengan sokongan rintangan air sehingga 50m dan mampu mengesan kadar jantung pengguna setiap 10 minit tanpa menjejaskan jangka hayat bateri. Pendek kata, kalau setakat nak snorkeling tu tak ada hal lah.

Perlukan earphone tanpa wayar? HUAWEI FreeBuds 3 pilihan paling cun

Sepanjang perjalanan nak ke satu-satu lokasi percutian tu, anda berkemungkinan besar bosan sebab jalan raya mungkin sesak atau jarak perjalanan yang jauh dan mengambil masa yang panjang.

Jadi, jangan lupa bawa bersama HUAWEI Freebuds 3 sebab ia ada sokongan untuk menghilangkan bunyi latar dan pada masa yang sama meningkatkan output suara ketika panggilan atau waktu tengah dengar lagu. Pendek kata kalau anda dalam bas atau flight, anda pasti enjoy sepanjang perjalanan.

Ia juga didatangkan dengan sokongan isyarat sentuhan, sambungan dual-mode Bluetooth 5.1 dan sensor suara terbina. Freebuds 3 juga menggunakan chipset Bluetooth Kirin A1 dan menjadi earbuds pertama di dunia hadir dengan sokongan sambungan dual mode Bluetooth 5.1 (Bluetooth Low Energy).

Rakam percutian anda dengan HUAWEI Mate 30 Pro!

Kalau nak percutian anda lagi sempurna, telefon pintar HUAWEI Mate 30 Pro adalah pilihan paling utama. Anda tak perlu lagi bawa kamera besar-besar dengan tripod yang panjang lebar sebab telefon pintar HUAWEI Mate 30 Pro menjanjikan kualiti video dan gambar yang terbaik.

Lebih menarik, telefon pintar ini dilengkapi interaksi sentuhan apabila pengguna hanya perlu menggerakkan jari di bahagian tepi telefon pintar berkenaan untuk melaraskan bunyi selain boleh mengubah kedudukan kamera swafoto mengikut keselesaan pengguna.

Ia memberikan penggunaan lebih peribadi apabila ciri kawalan pergerakan Kecerdasan Buatan (AI) membolehkan interaksi skrin tanpa sentuhan selain ciri AI Auto-Rotate dan AI Private View.

Selain itu HUAWEI Mate 30 Pro dan HUAWEI MateBook 13 mempunyai keupayaan yang membolehkan anda memindahkan fail, gambar atau video kepada laptop pada masa yang singkat melalui fungsi One Tap to Share’.

Tak cukup dengan itu, fungsi kolaborasi Multi-skrin yang terdapat dalam HUAWEI Mate 30 Pro dan HUAWEI MateBook 13 pula membolehkan anda berkongsi skrin daripada smartphone dengan laptop. Memang terbaik!

Fuh, pendek kata memang sangat cun kalau ada HUAWEI Mate 30 Pro dan HUAWEI MateBook 13 waktu travel nanti.

Miliki kesemua peranti Huawei Smart Life sekarang!

Jadi, adakah anda sudah bersedia untuk percutian lebih sempurna dengan bantuan teknologi terbaik daripada peranti HUAWEI Smart Life? Dapatkan sekarang sebelum terlambat.

Sebarang maklumat lanjut tentang harga peranti HUAWEI Mate 30 Series, Kaca Mata Pintar HUAWEi x Gentle Monster, HUAWEI Watch GT2, HUAWEI FreeBuds 3 dan HUAWEI MateBook 13, anda boleh layari laman facebook HUAWEI sekarang!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×