Hebahan

“40 Weeks”, Seminar Kehamilan Terbesar Di Malaysia Kembali Lagi!

seminar kehamilan 40 weeks

Dalam keterujaan untuk menimang cahaya mata, ramai ibu bapa terlupa bahawa anugerah yang dikurniakan ini merupakan sebuah amanah besar dari Allah yang bakal dipertanggungjawabkan kelak.

Dengan itu, Young Khalifah sekali lagi menganjurkan sebuah Seminar Kehamilan bertajuk “40 WEEKS” buat kali yang keduanya atas usaha melahirkan seorang khalifah bermula sejak dari dalam kandungan lagi.

Seminar Kehamilan ’40 Weeks’: Kenapa Anda Mesti Pergi?

Dibarisi oleh pakar-pakar terbaik tanahair tentang ilmu perbidanan dan kehamilan, seminar ini juga membincangkan tentang sebuah perjalanan seorang ibu dari saat kehamilan sehinggalah saat kelahiran seorang khalifah seterusnya penjagaan holistik selepas kelahiran, merangkumi kaedah berpantang, penyusuan ibu dan laktasi serta bengkel “babywearing”.

Bukan sekadar itu saja, para suami juga bakal didedahkan kepada ilmu-ilmu penting perbidanan dan psikologi yang dapat membantu isteri. Pasangan yang bakal menimang cahaya mata juga akan didedahkan dengan pilihan kaedah-kaedah kelahiran terkini serta persediaan menerima cahayamata menurut perspektif Islam.

Kejarlah ilmu ini, kerana kelahiran adalah satu keajaiban. Ia merupakan sebuah hadiah dari syurga berserta amanah dari Allah kepada hamba-hamba pilihanNya. Setiap usaha dan pengorbanan dalam mencari ilmu untuk menerima anugerah ini dengan niat mencari redhaNya, dinilai walau sebesar zarah sekalipun.

Berikut adalah aturcara program yang telah dirancangkan untuk Seminar Kehamilan ’40 Weeks’

seminar kehamilan 40 weeks

Program lengkap aturcara Seminar Kehamilan ’40 Weeks’

Ringkasan Maklumat Program

Tarikh Seminar:
5 & 6 Mac 2015, Sabtu & Ahad

Tempat:
AUDITORIUM
Tingkat 9, Blok B (New Wing)
Hospital Gleneagles
288 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

*Perkhidmatan penjagaan kanak-kanak dan nurseri ada disediakan dengan bayaran tambahan RM50 seorang.

seminar kehamilan '40 weeks'

Cara Mendaftar

TERBUKA KEPADA 150 ORANG SAHAJA. DAFTAR SEGERA!!

Untuk Pendaftaran, sila ke http://www.youngkhalifah.com/

Hubungi mereka melalui:
+603 4266 2966 (Office)
+6019 278 7997 (whatsapp)
Email: [email protected]
Instagram: youngkhalifah
Web: www.youngkhalifah.com

Ayuh, Ajak Semua!

Mari ajak pasangan dan kawan-kawan mengisi hujung minggu dengan aktiviti bermanfaat. Semoga perjalanan anda menjadi ibu bapa akan menjadi lebih mudah dengan perkongsian penuh padat dan berhikmah sepanjang 2 hari seminar tersebut nanti.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×