Kini Trending

Tinggalkan Pengajian PhD Di Scotland, Ikuti Kisah Dr. Intan Untuk Bergelar Doktor Falsafah

6.1K
SHARES

Dah menjadi lumrah kehidupan, kita mesti nak kan sesuatu yang terbaik untuk diri sendiri. Begitu juga dengan Dr. Intan Farahana yang mahu menjadi versi terbaik dirinya sehingga beliau bertemu minatnya dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Bermula dari seorang guru di taska, Dr. Intan mula mengorak langkah sehingga berjaya menamatkan pengajian Master dan bergelar seorang pensyarah. Namun, langkahnya tidak hanya terhenti di situ, dia seterusnya meneruskan pengajian ke peringkat PhD di University of Glasgow, Scotland.

Ambil masa untuk menyesuaikan diri di Scotland

Dr.Intan mengakui cabaran bermula sebaik sahaja dia menjejakkan kaki di Scotland, walaupun belum memulakan perjalanan PhD secara rasmi namun beliau sudah mula berdepan cabaran komunikasi untuk memahami loghat pertuturan orang di sana.

Beliau bersama keluarga mengambil masa yang agak lama untuk menguruskan tempat tinggal, menyesuaikan diri dan memulakan hidup baru.

Satu-satunya pelajar yang sudah berkeluarga

Perjalanan Dr. Intan kemudian berjalan agak baik sehingga berjaya menamatkan semester pertama tanpa sebarang masalah. Tapi, di semester kedua Dr. Intan dapat rasakan bagai ada yang tak kena, dia seperti tidak gembira dengan apa yang dilakukan.

Dr. Intan merupakan satu-satunya pelajar yang sudah mendirikan rumah tangga ketika itu dan penyelia atau SV beliau perpendapat bahawa salah satu faktor beliau tidak dapat fokus sepenuhnya kepada pelajaran adalah kerana keluarganya.

Keadaan bertambah rumit, apabila suami Dr. Intan terpaksa pulang ke Malaysia meninggalkan Intan dan anaknya sendiri. Membuatkan beliau berdepan cabaran untuk mengimbangi antara pelajaran dan anak.

Jatuh pengsan, tekanan perasaan dan tak mahu berhubung dengan sesiapa

Biarpun Dr. Intan cuba bertahan namun hubungan beliau dan SV semakin dingin. Malah, hampir kesemua penulisan yang dihantar akan ditolak.

Di situlah, beliau mula sedar bahawa beliau dah tak ada hati untuk teruskan PhD di sana. Nasib juga seolah-olah tidak menyebelahinya dan situasi semakin sukar apabila anaknya mengalami speech delay sehingga perlu dibawa berjumpa therapist.

Hari berganti hari-hari, Dr. Intan mula mengalami gangguan kesihatan berikutan stress yang terlampau. Beliau jatuh pengsan sehingga dimasukkan ke hospital. Tak lama selepas itu, beliau terpaksa mendapatkan rawatan daripada pakar psikologi secara mingguan bagi menangani masalah tekanan perasaan.

Berikutan keadaan kesihatan dan akademik yang tidak baik pada ketika itu, Dr. Intan memencilkan diri daripada orang lain. Beliau tidak mahu berjumpa dengan sesiapa pun kecuali suaminya. Apa yang beliau mahu, hanyalah pulang ke tanah air dan mulakan hidup baru.

Pulang ke Malaysia dan cuba habiskan PhD di UTM

Berbekalkan sedikit azam yang masih tersisa Dr. Intan cuba untuk menamatkan pengajian PhD di UTM. Walaupun, hatinya seakan-akan lansung tidak mahu, tapi dia tetap gagahkan diri.

Tahun berganti tahun, apa yang Dr. Intan mampu siapkan hanyalah tesis dengan 18 muka surat. Namun, nasib ternyata berpihak kepadanya kali ni bila beliau menerima kiriman email daripada Dr. Roket yang sedih membantu beliau menyiapkan tesis!

Perjalanan PhD Dr.Intan Jadi mudah dengan Dr. Roket!

Dengan bantuan Dr. Roket akhirnya Dr. Intan berjaya menyiapkan tesis beliau dalam masa seminggu lebih awal dari tarikh yang ditetapkan!

Dr. Intan mengakui perjalanannya kali ni jauh berbeza daripada apa yang perlu dia tempuhi di Scotland dulu. Di sini, SV beliau juga jauh lebih prihatin dan membantunya untuk menamatkan pelajaran dengan cemerlang.

Tanpa tunjuk ajar SV serta bimbingan Dr. Roket, Dr. Intan mungkin tidak dapat meneruskan kerjayanya sebagai seorang pensyarah dan bergelar Pakar Pendidikan Awal Kanak- kanak di UPSI sekarang.

Anda pun boleh siapkan tesis dengan cepat, kurang 6 bulan!

Kalau ada yang tengah struggle nak siapkan tesis dan habiskan journey Master PhD dengan bahagia dan gembira sekarang ni, tak payah risau dah. Dr. Roket boleh tolong anda untuk tulis tesis pantas dengan strategi dan teknik terbaru bagi memudahkan anda untuk siapkan tesis dalam masa kurang dari 6 bulan!

Ramai yang salah faham, ingatkan Dr. Roket tolong bantu tuliskan tesis ataupun kajian anda. Sebenarnya tidak. Dr. Roket bantu calon Master PhD untuk uruskan journey Master PhD mereka mengikut cara insan-insan GOT (Graduate On Time) atau GBT
(Graduate Before Time) dengan ilmu Pengurusan Tesis yang bakal memudahkan urusan menulis tesis dan membantu SV menguruskan para pelajar dibawah seliaan mereka supaya mampu lebih berdikari.

Bagi memudahkan semua pihak, seminar kini dijalankan secara virtual je tau! Tapi anda kena cepat takut-takut nanti dah penuh satu hal pula nak kena menunggu sesi yang seterusnya.

Jadi, bila ada kekosongan tu terus daftar okay sebab anda juga berpeluang untuk dapatkan E-book Panduan Tulis Tesis Cepat! Klik NI untuk pendaftaran.

Bagi yang berminat nak tahu dengan lebih lanjut mengenai program ni dan jadual seminar yang dijalankan, anda boleh terus lawati laman web rasmi Dr. Roket.

Penceritaan penuh Dr. Intan tentang perjalanan menghabiskan PhD boleh disaksikan melalui dokumentari yang dihasilkan oleh Dr. Roket Production di bawah:

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×