Hebahan

Seminar Keibubapaan 2014, Anjuran Little Caliphs – Mendidik Anak Menurut Islam

Seminar Keibubapaan 2014, Anjuran Little Caliphs - Mendidik Anak Menurut Islam

(Untuk mengetahui bagaimana mendapatkan tiket percuma, sila ke bahagian bawah entri ini)

Bilakah kali terakhir anda menghadiri seminar keibubapaan? Dengan cabaran zaman sekarang, cara mendidik anak-anak agak berlainan dengan zaman kita dahulu. Kini, anak-anak yang lebih terdedah kepada gajet seperti iPad dan tablet yang memberi keburukan, atas faktor kesibukan ibu-bapa. Secara tidak langsung, ramai yang terlupa bagaimana mendidik anak cara Islam yang sebenar, sekali lagi atas urusan duniawi. Bagaimana kalau kita luangkan sedikit masa, ubah kepada yang lebih bersifat keagamaan?

Dengan barisan ‘speaker’ ternama seperti Ustaz Zahazan, Ustaz Ebit Liew, Amin Idris, Dr Mohd Shafie, Haji Roslan dan Hajjah Sabariah sendiri, seminar ini pasti satu seminar yang ditunggu-tunggu untuk tahun 2014.

Seminar Keibubapaan 2014, Anjuran Little Caliphs, Mendidik Anak Menurut Islam

Poster Raising Your Caliphs

RAISING YOUNG CALIPHS anjuran Little Calipsh Sdn Bhd adalah seminar keibubapaan Islam yang bertujuan memberi pencerahan kepada ibubapa Muslim tentang petunjuk Islam dalam mendidik kanak-kanal awal usia. Kami membariskan sebilangan ulama, pakar motivasi dan tokoh pendidikan kanak kanak untuk berkongsi ilmu dan nasihat dengan para ibubapa dan sesiapa pun yang berjuang untuk mempersiapkan generasi baru ke arah kejayaan dunia dan akhirat.

Apa kebaikan seminar ini?

Bayangkan apa akan terjadi kepada Islam dan ummatnya dalam 30 tahun akan datang jika seramai-ramainya ibubapa Muslim hari ini memilih untuk mendidik anak-anak mereka menurut acuan AlQur’an dan AsSunnah? Insyaa Allah, kami yakin benih benih iman dan amal soleh yang disemai, disiram, dan dibajai hari ini akan menjadi suatu ladang yang penuh dengan pohon pohon yang mengeluarkan buah buah pemimpin yang menguasai semua bidang kehidupan, sedang dalam diri mereka dikuasai oleh kekuatan iman dan taqwa. Kekuatan iman dan taqwa merupakan kekuatan yang telah sekian lama hilang dari ummat; kehilangan inilah yang menjadi punca utama kejatuhan kita dalam pelbagai aspek kehidupan. Bayangkan pula bagaimana nasib diri dan zuriat tersayang di alam seterusnya.. Barzakh, Padang Mahsyar, Titian Sirat, Syurga/Neraka. Akan bahagiakah kita, atau sengsarakah kita? Demi keselamatan kita semua, setiap ibubapa perlu melengkapkan diri dengan apa-apa yang menyuburkan ilmu, iman, taqwa, akhlaq, usaha amar maaruf nahi mungkar, dan ‘amalan soleh.

Kami ingin agar masjid masjid, bilik bilik kuliah, dewan dewan kecil dan besar, dimeriahkan dengan majlis-majlis ilmu, seminar, kursus latihan dan motivasi yang menyemarakkan semangat dan kemahiran mendidik anak-anak menurut acuan Islam. Biarlah ada banyak pihak, samada individu, organisasi perniagaan, NGO, masjid masjid, sekolah-sekolah, jabatan kerajaan dan sebagainya sama sama berlumba-lumba membanjiri ruang kalendar dan tempat untuk mendidik ketua ketua keluarga dengan cahaya Islam. Berlumba-lumbalah atas semangat fastabiqul Khairat: “Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlomba-lombalah kamu (dalam berbuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (QS. Al Abaqarah 148). Atas semangat Fastabiqul Khairat inilah maka Little Caliphs International Sdn Bhd bersama lebih 170 rangkaian tadika tadika Little Caliphs dari seluruh Malaysia telah mengorak langkah menganjurkan seminar RAISING YOUNG CALIPHS ini.

Siapa patut hadir?

  • Para ibubapa atau bakal ibubapa muslim yang inginkan keluarga dan keturunannya berbahagia dan berjaya di dunia dan akhirat.
  • Para pengusaha tadika, guru guru tadika, dan sesiapa yang bergiat dalam bidang pendidikan prasekolah.
  • Juga bagi sesiapa yang ingin belajar tentang petunjuk Islam dalam mendidik kanak-kanak awal usia.

 

Tentatif Seminar Keibubapaan 2014

8.00 pagi

Ketibaan Peserta

Pendaftaran bagi peserta
8.45 pagi

Bacaan Doa

Ucapan Alu-aluan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Little Caliphs International

9.00 pagi

Slot 1: Resipi Keunggulan Generasi Al Quran

Ustaz Dr. Zahazan Mohamed (Pengarah Urusan Telaga Biru)

10.15 pagi

Slot 2: Know your child and their potential to success

Pn. Hajah Sabariah Faridah Jamaluddin (Pengasas The Little Caliphs Program)

11.30 pagi

Slot 3: Tips dan Panduan Menyediakan Anak Menjadi Hafiz Al Quran

Dr. Mohd Shafie Md Amin Al-Muqri (Pengasas Kaedah Al-Huffaz)

12.45 t/hari

Rehat dan Solat Zohor (Makan Tengah Hari di sediakan)

2.00 petang

Persembahan teater Sultan Muhammad Al Fateh oleh Pelajar IISSA
(Integrated Islamic School Shah Alam)

3.15 petang

Forum: Menghidupkan Suasana Islam di Rumah

Panelis:

Haji Roslan Nordin (Pengasas The Little caliphs Program)

Ust Ebit Lew (Pakar Motivasi)

Maulana Tahir Al Mazhiri

4.45 petang

Sesi Penutup

5.00 petang

Solat Asar Berjemaah

Bersurai

Sedikit pengenalan tentang Little Caliphs

Little Caliphs International Sdn. Bhd. merupakan program prasekolah Islam -English-Creative di bawah jenama The Little Khalifah Program ™. Menyedari cabaran dalam memupuk kanak-kanak dalam era global dan masyarakat serba moden, Little Caliphs mengetengahkan kandungan pendidikan, pembelajaran dan kaedah pengajaran yang bersepadu dengan mesej Islam dalam semua pelajaran dan aktiviti-aktivitinya. Little Caliphs Kindergarden menarik minat masyarakat yang inginkan anak-anak mereka untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti merangkumi kedua-dua aspek agama dan akademik.

Butiran seminar

Tarikh: 24 Mei 2014 (Sabtu)

Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang

Tempat: MAEPS Serdang

Yuran: RM 220.00 (Individu) / RM 360.00 (Pasangan)

Website: http://www.littlecaliphs.com

Facebook: http://www.facebook.com/LCRYC

No. Telefon: +603 5511 3500

Pengarah Projek: Intan Nurul Ain Binti Isaruddin

Telefon bimbit: 016-3693922

Email: [email protected]

Menangi tiket percuma

Menangi tiket percuma

Bagaimana memenangi 2 tiket percuma?

Mudah sahaja. Menggunakan aplikasi PunchTab di bawah, anda hanya perlu:

  • Like Facebook Page Little Caliphs, Raising Young Caliphs di sini
  • Ceritakan pengalaman anda dalam mendidik anak mengikut lunas-lunas Islam.

2 orang yang menceritakan pengalaman menarik dalam mendidik dan membesarkan akan dipilih. Kami akan menghubungi anda di email tertera. Sertakan nombor telefon sekali dalam entri di atas.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×