Asuh

5 Cara Mendidik Anak Tanpa Memukul, Merotan & Memekik

275
reads
Cara mendidik anak tanpa memukul

Penat sebenarnya menjerit dan memekik. Siapa yang ada anak, tentu faham perasaan ini. Bukan mudah untuk menahan marah bila anak buat hal.

Pengasuhan anak-anak adalah satu tugas yang mencabar, tetapi juga memuaskan. Anda tentu sekali mahu anak-anak memiliki tingkah laku, akhlak dan disiplin yang baik. Ramai ibu bapa mula memukul anak-anak mereka apabila mereka gagal untuk mengajar nilai-nilai yang baik – tetapi betulkah cara tersebut?

Pukul anak?

Memukul dianggap sebagai salah satu daripada lapan strategi disiplin yang akan memburukkan lagi masalah disiplin anak-anak. Kanak-kanak tidak akan belajar menguruskan dan menyelesaikan masalah dalam situasi tertentu jika anda memukul mereka, malah keadaan ini akan memburukkan lagi situasi.

Guna kekerasan?

Hukuman adalah perlu untuk mendisiplinkan anak-anak dan memupuk akhlak yang baik dalam diri mereka. Walau bagaimanapun, tindakan memukul, merotan atau memekik pada anak-anak untuk menghukum mereka adalah tidak betul.

Cara mendidik anak tanpa memukul

Berikut merupakan cara yang berkesan untuk mendisiplinkan anak-anak tanpa memukul mereka. Mari kita lihat bagaimana anda boleh menghukum mereka tanpa memukul.

1. Buat tak tahu pada anak

Tips Handle Anak Masa Raya

Foto Kredit: Screencap youtube.com

Cuba ‘ignore‘ anak. Bila dia panggil, kita buat-buat tak tahu.

Masa pengasingan adalah cara yang berkesan untuk menghukum. Apabila anak-anak anda melakukan kesalahan disiplin atau melakukan perbuatan yang salah, berikan mereka masa pengasingan. Masa pengasingan bermakna anda perlu mengasingkan anak anda dan membiarkan mereka duduk diam untuk beberapa ketika di tempat yang tenang jauh dari orang lain – berikan mereka masa 10 minit atau lebih bergantung kepada umur mereka.

Cara ini boleh memberikan anak anda masa untuk berfikir tentang tingkah laku mereka. Selepas tamat masa, bincangkan masalah dengan anak-anak anda.

2. Ambil barang kegemaran dari mereka

7 Cara Kemas Mainan Anak, Guna Teknik Psikologi!

Foto Kredit: mumscalling.com

Mengambil barang kesukaan dari anak-anak anda merupakan cara menghukum yang berkesan. Jika mereka bergaduh dan berebut mainan kegemaran mereka, cara yang terbaik adalah dengan mengambil dan menyimpan mainan tersebut.

Mereka boleh mengambil semula mainan tersebut pada hari Ahad akan datang atau apabila anda berpuas hati dengan tingkah laku mereka.

Kalau mahu lagi ‘extreme‘, buang terus dalam tong sampah. Tengok apa reaksi dia

3. Main tarik tali dengan gajet

6 Keburukan iPad Kepada Kanak-kanak. Tablet Juga!

Foto Kredit: Google

Teknologi merupakan salah satu kegemaran anak-anak anda. mereka gemar bermain permainan video, menonton rancangan kegemaran mereka di TV dan melayari internet dengan komputer. Jika mereka biadap dan berkasar, anda boleh mengurangkan masa mereka bermain dengan gajet.

Jika mereka tidak turun makan malam tepat pada masanya selepas diberi amaran satu hingga dua kali, anda boleh mengambil keistimewan untuk menonton TV.

4. Suruh dia buat kerja orang dewasa

Jika anda dapati anak anda menyebabkan anda terlepas makan tengah hari, suruh mereka melakukan kerja yang boleh menggantikan masa anda seperti membasuh pinggan mangkuk, melipat pakaian atau membersihkan bilik.

Mereka perlu tahu akibatnya apabila mereka menyebabkan kesukaran pada orang lain. Ini adalah cara yang berkesan untuk mengajar mereka bahawa tindakan mereka memberi kesan kepada orang lain.

5. Jangan bagi dia main di luar

Ini adalah cara yang sangat tegas dalam menghukum mereka dan cara ini lebih berkesan dari memukul mereka. Apabila anak-anak anda melakukan kesalahan dan anda mahu mengajar mereka tanpa memukul, jangan berikan mereka waktu bermain. Biar dia bosan dalam rumah.

Beri amaran kepada anak-anak terlebih dahulu. Jika mereka tidak mendengar, mereka tidak boleh keluar bermain untuk satu atau dua hari.

6. Disiplinkan anak, ikut peraturan

Tetapkan peraturan rumah seawal mungkin dan terangkan akibatnya jika peraturan tidak diikuti. Bincangkan peraturan tersebut dan akibat dengan anak-anak. Jika terdapat apa-apa perubahan terhadap peraturan tersebut, beritahu mereka.

Contohnya, “Kalau sepah-sepah mainan, mama terus buang masuk dalam tong sampah!”.

Berpegang kepada peraturan dan hukum anak-anak anda tanpa memukul jika mereka tidak mengikut peraturan. Anda juga perlu memberi amaran sebelum menghukum mereka.

Akhir kata

Cara mendidik anak tanpa memukul

Foto Kredit: huffingtonpost.com

Bukan mudah menjadi ibu-bapa zaman sekarang. Banyak sangat cabarannya. Kita dulu dididik dengan cara yang tidak sama, kerana zaman berubah. Lebih afdal guna cara Islam untuk disiplin anak. Habiskan lebih banyak masa bersama anak-anak anda.

Jadilah contoh ikutan dan segalanya akan tersusun atur.Jika masih lagi tidak berjaya, gunakan teknik psikologi untuk mendidik anak.

Semoga anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh dan solehah kelak.

Inspirasi: indiaparenting.com

Yang Popular

To Top