Rakyat

Seramai 8,027 Jemaah Umrah Layak Terima RM1,671 Pada 18 Februari Ini

12
SHARES

Seperti kita tahu penularan varian Omicron telah menyebabkan jemaah umrah membatalkan keberangkatan mereka ke Tanah Suci. Walau bagaimanapun, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, berkata bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun simpanan Tabung Haji (TH) penerima.

Seramai 8,027 jemaah umrah yang terkesan layak menerima bayaran sagu hati bernilai RM1,671 akan dikreditkan ke akaun penerima pada 18 Februari ini.

Baca juga: [TERKINI] Ibadah Umrah Dibenarkan Semula Mulai 8 Februari Ini

SERAMAI 8,027 JEMAAH UMRAH LAYAK TERIMA RM1,671

Menurut laporan BH Online, beliau berkata kaedah bayaran diputuskan dalam mesyuarat antara Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Kementerian Kewangan dan TH bagi memudahkan urusan.

Idris menasihatkan jemaah umrah yang belum mempunyai akaun simpanan TH supaya membuka akaun sebelum 18 Februari. Beliau berkata jemaah umrah boleh melayari www.thijari.com.my untuk membuka akaun simpanan TH secara dalam talian dan hadir ke kaunter TH yang terdekat bagi proses pengaktifan akaun secara biometrik.

Bagi yang mempunyai kesukaran mendaftar secara dalam talian, boleh terus ke cawangan TH terdekat untuk tujuan pendaftaran dan akan dibantu sebaiknya oleh kakitangan TH.

“Jemaah yang terkesan akan dilayan dengan serta merta tanpa perlu beratur dan menunggu lama.

“Saya juga memaklumkan kepada pihak TH supaya segala tuntutan pembayaran akan dipermudahkan semaksimanya supaya tidak berlaku kesulitan terhadap tuntutan. Semoga semua urusan penerima dipermudahkan Allah SWT,” jelasnya.

Kerajaan sebelum ini menangguhkan sementara kebenaran perjalanan umrah bermula 8 Januari lalu berikutan peningkatan kes varian Omicron dalam kalangan jemaah umrah dan kebenaran semula diberikan mulai 8 Februari lalu.

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×