Nampaknya salah sebuah malam anugerah yang paling dinantikan iaitu Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) sudah berlangsung dengan gilang gemilangnya. Kali ini, malam anugerah edisi ke-34 berlangsung dengan mengangkat tema #KITABERSAMA.
SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH BINTANG POPULAR-34
Kesinambungan tema ABPBH 33 iaitu #ABPBHKITA2020, acara anugerah pilihan peminat paling lama bertahan di Malaysia ini mengajak rakyat menyemarakkan semangat muhibah, perpaduan dan kekitaan dalam memerangi penularan COVID-19 serta membantu kerajaan mewujudkan imuniti berkelompok.
Sudah pasti anda gembira dengan pilihan pemenang bagi setiap kategori apabila selebriti kesayangan anda yang menang bukan? Jadi, kami senaraikan semula senarai pemenang Anugerah Bintang Popular BH kali ini. Bagi yang terlepas menyaksikan acara secara live, anda boleh tengok senarai ini ada tak artis kegemaran anda yang menang.
Anugerah Bintang Paling Popular: Janna Nick
Artis Baharu Lelaki Popular: Dinie Rashid
Artis Baharu Wanita Popular: Kumpulan Dolla
Penyanyi Wanita Popular Xiaomi: Siti Nordiana
Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi: Haqiem Rusli
Pelakon Filem Lelaki Popular: Fattah Amin
Pelakon Filem Wanita Popular: Janna Nick
Pelakon TV Lelaki Popular Xiaomi: Ben Amir
Pelakon TV Perempuan Popular Xiaomi: Siti Saleha
Artis Duo/Kolaborasi Popular: Aina Abdul & Khai Bahar (Nafas Cinta)
Artis Versatil Popular: Siti Nordiana
Artis Komedi Popular: Asif Suhaimi
YouTuber Popular: Aqil Zulkiflee
Watak Antagonis Popular: Liza Abdullah
Gandingan Serasi Filem Popular: Wanna Ali & PU Riz
Gandingan Serasi Drama Popular: Kamal Adli & Uqasha Senrose
Watak Animasi Popular: Ejen Ali
Pengacara TV Popular: Janna Nick
Penyampai Radio Popular: DJ Lin
Anugerah FANtastik Popular: Siti Nordiana FC
Artis TikTok Popular: Khai Bahar
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Datuk Hajah Habsah Hassan
Sumber: Harian Metro