Kini Trending

‘Demam’ Tiktok Menyerang ABPBH34, Video Paling Kreatif Boleh Menang Handphone Xiaomi!

24
SHARES

Siapa yang tak sabar nak tengok artis kegemaran di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) edisi ke-34 kali ini bukan? Bukan sahaja artis kegemaran, malah ABPBH34 kali ini juga dirancakkan lagi dengan kerjasama TikTok, yang membawa kembali kategori Anugerah FANtastik Popular ABPBH 34 dan memperkenalkan kategori baru iaitu Artis TikTok Popular ABPBH 34.

Melalui kategori Anugerah FANtastik Popular ABPBH 34, artis dan kelab peminat (FC) yang meraih undian tertinggi, bakal membawa pulang trofi berprestij ABPBH 34.

VIDEO KREATIF TIKTOK ABPBH34 BOLEH MENANG HADIAH!

Tiktok: @cikb.versi.lelaki

Bagi memeriahkan lagi penganjuran ABPBH 34, peminat juga boleh berkongsi video TikTok paling kreatif menggunakan lagu penaja utama ABPBH 34 iaitu Xiaomi yang bertajuk Untukku Xiaomi bersama gaya tari yang ditetapkan dengan meletakkan tanda pagar #ABPBH34. Untuk menyertai #ABPBH34 kempen video TikTok ini, pengguna perlu ikuti akaun TikTok TV3Malaysia dan XiaomiMalaysia.

Sudah pastinya, video paling kreatif dengan ‘likes’ dan ‘engagement’ paling tinggi berpeluang memenangi hadiah- hadiah menarik dari Xiaomi! Pemilihan pemenang adalah tertakluk kepada cara menyertai peraduan dan pihak penganjur berhak menentukan video pemenang melalui budi bicara dan keputusan penganjur adalah muktamad.

Pemenang bakal membawa pulang hadiah-hadiah menarik. Tempat pertama bakal memenangi peranti Xiaomi 11T Pro (8+256 GB) dan Redmi Buds 3 Pro. Manakala pemenang tempat kedua akan menerima hadiah peranti Xiaomi 11T (8+128 GB) dan Redmi Buds 3 Pro, dan pemenang tempat ketiga akan menerima peranti Xiaomi 11 Lite 5G NE (8+128 GB) dan MI Smart Band 6. Pihak penganjur turut menawarkan 20 hadiah saguhati berupa barangan eksklusif daripada Berita Harian.

Baca juga: ABPBH 2021 Kini Kembali, Dah Boleh Mula Vote Artis Kesayangan!

PENYERTAAN TIKTOK DAH BERMULA HARI INI (4 OKTOBER-7 NOVEMBER)

Tarikh penyertaan dan undian bagi kedua-dua kategori tersebut boleh dilakukan mulai hari ini, 4 Oktober 2021 sehingga 7 November 2021 di laman aplikasi TikTok. Setiap pengguna boleh membuat 20 undian setiap hari dan lima undian tambahan akan diberikan jika pengguna meletakkan tanda pagar #ABPBH34. Pengguna juga boleh mendapatkan tambahan 10 undian lagi jika mereka memperkenalkan ‘Invite’ pengguna baru kepada TikTok dan pengguna mendapat pengenalan ‘Invited’ dari pengguna TikTok yang lain.

Pengarang Berita Hiburan BH merangkap Pengarah Jawatankuasa Pengelola ABPBH 34, Shamshul Azree Samshir berkata bahawa kerjasama dengan TikT ok bersesuaian dengan penganjuran ABPBH 34 dalam norma baharu di mana ruang yang lebih luas diberikan kepada kelab-kelab peminat untuk berkarya dan menunjukkan kreativiti masing-masing di samping menyatakan sokongan yang berterusan kepada artis-artis kesayangan mereka dengan menggunakan platform TikTok.

Malam kemuncak ABPBH 34 juga bakal disiarkan secara langsung menerusi aplikasi TikTok bermula jam 9.00 malam pada hari Sabtu, 13 November 2021. Jangan lupa layari website www.abpbh.com.my untuk maklumat lanjut undian pusingan kedua!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×