Famili

Cara Buat Semakan Semula Keputusan Peperiksaan SPM 2023 Secara Online

15
SHARES
semak semula keputusan spm

Nampaknya, peratusan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2023) yang mendapat keputusan cemerlang semakin meningkat pada tahun ini. Namun, di sebalik lambakan ucapan tahniah, ada juga dalam kalangan pelajar serta ibu bapa yang tidak puas hati dan mohon untuk semak semula keputusan SPM 2023.

Mungkin tidak ramai yang tahu mengenai hal ini tetapi anda memang boleh membuat permohonan untuk semak semula keputusan peperiksaan tersebut. Berikut merupakan caranya.

Baca juga: Cikgu Terkejut 90% Pelajar Dapat Kosong Subjek Sejarah, Semua Cita-Cita Nak Jadi ‘Influencer’

CARA SEMAK SEMULA KEPUTUSAN SPM 2023!

semak semula keputusan spm

1.Semak semula keputusan : Tempoh dari 27 Mei 2024- 26 Jun 2024 (30 Hari)

2.Mohon dalam talian: https://elp.moe.gov.my/auth/login atau aplikasi e-Lembaga Peperiksaan.

3.Permohonan

4.Pembayaran RM100 untuk satu matapelajaran

5.Pengeluaran keputusan-

Kekal: Slip keputusan yang sedia ada adalah terpakai.
Berubah : Calon sekolah perlu menghubungi SUP dan calon persendirian perlu hubungi SSP, JPN untuk slip baharu.

Keputusan permohonan semak semula keputusan SPM akan dimaklumkan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan. Keputusan Semak Semula adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan. Peraturan Permohonan Semakan Semula Keputusan SPM yang para pelajar and ibu bapa perlu ketahui:-

1.Pastikan pelajar dan ibu bapa kenal pasti mata pelajaran yang perlu disemak semula supaya permohonan semakan semula boleh dibuat sekaligus.

2.Permohonan untuk semakan semula mestilah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020). Sila hubungi sekolah, Sektor/Unit Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, kaunter Semak Semula Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau di portal rasmi Lembaga Peperiksaan untuk mendapatkan borang ini.

3.Satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM 2023, markah peperiksaan percubaan dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan oleh Pengetua Sekolah atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A perlu disertakan bersama dengan borang permohonan yang lengkap.

4.Sekiranya pelajar ataupun ibubapa menghantar permohonan yang tidak lengkap atau tidak menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2023) maka borang permohonan anda tidak akan diproses.

5.Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2023) yang telah lengkap diisi, satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan dan dua (2) sampul surat (11 cm x 22 cm) bernama dan beralamat sendiri yang telah dilekatkan setem RM1.30 hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat. Tulis perkataan “KES TSPM” pada sudut atas kiri sampul surat tersebut dan alamatkan kepada:

Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 8, Blok E11
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u.p.: Unit Menengah Atas)

semak semula keputusan spm

*Semoga dapat keputusan yang memuaskan!

Baca juga: Cikgu Dapat Hadiah Set Ulam, Buah & Sayur Dari Murid, Tersentuh Jiwa Bila Tengok!

Sumber: e-Lembaga Peperiksaan, e-Central

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×