Rakyat

Ini Sebabnya Mopiko Dan Vicks Tak Sesuai Untuk Bayi Bawah 2 Tahun

646
SHARES

“Sekali balik kampung, habis si kecik ni kena gigit nyamuk. Apa nak buat ya? Sapu Mopiko atau minyak angin bolehkah melegakan gatalnya?”

Sebenarnya, mungkin ramai masih tak tahu bahawa produk yang mengandungi camphor adalah dilarang untuk bayi dan anak kecil berusia 2 tahun ke bawah.

Ini Sebab Jangan Guna Vicks Dan Mopiko Untuk Bayi Bawah 2 Tahun

Secara ringkasnya, Vicks dan Mopiko adalah produk yang mengandungi Camphor dan tidak sesuai untuk bayi. Berikut adalah kupasan selanjutnya.

1. Apakah Camphor?

Camphor di hasilkan dari sejenis kayu pohon Camphor. Namun, menurut sumber kini, ianya dihasilkan secara kimia menggunakan minyak turpentin.

Biasanya produk berasaskan camphor ini digunakan secara luaran untuk melegakan kesakitan dan mengurangkan gatal-gatal serta merawat penyakit saluran pernafasan seperti mengurangkan gejala batuk dan selsema. Secara umumnya, camphor berfungsi dengan merangsang saraf yang melegakan gejala seperti rasa sakit dan gatal apabila digunakan pada kulit.

vicks untuk bayi

Foto Kredit: AM/PM Pharmacy via Farmasi Rizki

2. Apakah Produk Yang Mengandungi Camphor?

Antara produk yang mengandungi camphor sebagai bahan asas adalah seperti Vicks VapoRub, Mopiko, minyak cap kapak, sesetengah bedak berubat, dan lain lain. Walaubagaimanapun, Vicks Baby Balsam (yang berpenutup merah jambu) selamat digunakan bagi bayi yang berusia 3 bulan ke atas kerana ia bebas camphor.

Seeloknya, periksa label terlebih dahulu sebelum membeli dan memakaikan sebarang produk kepada bayi bawah 2 tahun.

3. Kenapa Camphor Merbahaya?

Menurut maklumat yang disampaikan melalui Public Health Malaysia dan kenyataan oleh Dr Suhazeli Abdullah (salah seorang ahli MedTweet.my), pihak berautoriti seperti Persatuan Pediatrik Amerika (1978) dan Badan Pengurusan Makanan USA (1983) telah mengeluarkan arahan melarang penggunaan minyak angin yang dicampur dengan Camphor melebihi 11%.

Sungguhpun produk mengandungi camphor adalah selamat di gunakan untuk kebanyakan orang dewasa, namun ia dikhuatiri boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan kecil seperti kemerahan dan kerengsaan kulit.

Menurut Dr Suhazeli lagi, terdapat kes yang dilaporkan bayi akan mengalami keracunan minyak yang mengandungi camphor. Kanak-kanak sangat terdedah kepada kesan toksik camphor, yang mudah diserap melalui kulit dan membran mukus. Malah, ia boleh menyebabkan risiko sawan terutamanya kepada bayi bawah 2 tahun.

vicks untuk bayi

Foto Kredit: Ubat Oh Ubat via Public Health Malaysia

Periksa Label, Gunakan Dengan Berhati-hati

Umumnya, produk mengandungi camphor adalah selamat untuk kebanyakan orang dewasa apabila dihirup sebagai wap dalam jumlah kecil sebagai sebahagian daripada aromaterapi. Namun, pastikan anda tidak menggunakan produk ini untuk merawat kulit yang pecah, luka atau cedera. Ini kerana camphor mudah diserap melalui kulit pecah dan boleh mencapai tahap toksik dalam badan.

Keselamatan penggunaan produk mengandungi camphor kepada kulit semasa mengandung atau menyusu tidak diketahui. Maka seeloknya ia diminimakan jika tidak berkeperluan.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×