Asuh

Selalu Share Gambar & Kisah Anak Di Media Sosial? Awas,Ibu Bapa Perlu Berjaga-Jaga!

93
SHARES

Media sosial sudah menjadi satu platform yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Rata-rata ibu bapa pada masa  kini mempunyai akaun media sosial sendiri atau untuk anak mereka seperti Facebook,Twitter dan Instagram. Akaun media sosial ini kebiasaannya digunakan oleh ibu bapa untuk berkongsi aktiviti harian mereka dan perkembangan anak-anak kepada rakan-rakan atau dunia luar. Menurut satu kajian telah dijalankan di Amerika, sebanyak 90 peratus kanak-kanak disana telah didedahkan di media sosial sebelum mereka berumur 2 tahun lagi. Situasi ini dipanggil ‘sharenting’.

Namun, tahukah anda batasan dalam berkongsi hal-hal privasi khususnya mengenai anak-anak di laman media sosial? Perlu atau tidak sebenarnya untuk anda terlalu bercerita mengenai anak anda? Mari kita tengok apa yang perlu dilakukan sebelum anda memulakan proses ‘sharenting’.

1. Tanya diri sendiri

http://www.theyummymummyclub.com/

http://www.theyummymummyclub.com/

Sebelum memuat naik gambar atau cerita mengenai anak anda, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah untuk bertanya kepada diri sendiri dahulu. Tanya diri sendiri apa faedah yang akan diperolehi daripada aktiviti anda tersebut. Jika dengan memuat naik informasi mengenai anak anda dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yang dekat dan jauh maka ia tidak salah sama sekali. Jika tidak, anda boleh elakkan.

2. Tidak terlalu bercerita mengenai masalah anak

http://gawker.com/

http://gawker.com/

Kadang-kadang, ragam anak-anak memang susah untuk kita jaga dan turuti. Bercerita mengenai masalah perangai atau kesihatan anak-anak di media sosial sebenarnya tidak digalakkan. Bila sudah dimuat naik di media sosial, mulalah anda mendapat pelbagai pendapat yang datang dari orang ramai yang sedar atau tidak, situasi ini akan merungsingkan kita. Sebaiknya untuk kita terus bertanya kepada pakar atau orang yang lebih arif mengenai cara menjaga anak-anak untuk maklumat yang lebih kukuh.

3. Jangan berkongsi lokasi anak anda

http://www.huffingtonpost.jp/

http://www.huffingtonpost.jp/

Ini adalah perkara paling penting sekali sebelum melakukan aktiviti ‘sharenting’ anda. Jangan berkongsi mengenai lokasi anak anda dimana sahaja mereka berada. Contohnya “Baru sahaja menghantar anak ke pusat tusyen” atau “Bersama anak-anak di taman permainan”. Apabila anda berkongsi perkara sebegini, risiko keselamatan anak anda sebenarnya berada dalam bahaya. Anda tidak akan tahu apa yang bakal terjadi dengan perkongsian seperti ini jadi, simpan sahaja hasrat tersebut demi keselamatan mereka.

4. Lebih teliti dalam pemilihan gambar

http://says.com/

http://says.com/

Memuat naik gambar anak-anak adalah aktiviti yang paling menyeronokkan. Akan tetapi, anda perlu bijak dalam membuat pemilihan gambar yang ingin dikongsikan. Elakkan berkongsi gambar anak anda khususnya jika tidak berpakaian lengkap mahupun ketika memandikan bayi. Sedara atau tidak, gambar-gambar sebegini boleh disalahguna oleh pihak luar seperti berlakunya kes-kes pedofilia. Seharusnya anda mengawasi aktiviti anda untuk mengelakkan hal sebegini berlaku.

5. Mengambil tahu faedah aplikasi media sosial terlebih dahulu

http://critical-thinkers.com/

http://critical-thinkers.com/

Jika kita lihat situasi memuat naik gambar atau bercerita mengenai anak-anak sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan selebriti di dalam mahupun luar negara. Sebelum memulakan aktiviti di media sosial, eloklah kiranya kita mengambil tahu dahulu mengenai sekuriti aplikasi tersebut. Hal ini kerana, gambar yang dimuat naik oleh kita sendiri boleh juga diambil oleh kumpulan-kumpulan tertentu di dalam laman sosial untuk disebarkan bagi menaikkan populariti kumpulan tersebut. Oleh itu, tetapkan sekuriti informasi atau gambar yang dimuat naik untuk keselamatan anak dan keluarga.

6. Tanya perasaan anak mengenai perkongsian tersebut

http://www.localissocialgeorgina.com/

http://www.localissocialgeorgina.com/

Amatlah penting untuk kita mengetahui apa sebenarnya perasaan anak-anak apabila kita terlampau banyak berkongsi mengenai kisah hidup mereka. Jika anak anda sudah berada di dalam lingkungan umur yang boleh menyedari perkara ini, anda boleh bertanya samada mereka suka atau tidak perkongsian tersebut. Hal ini kerana, ada juga dalam kalangan anak-anak yang tidak gemar apbila ibu bapa terlampau berkongsi mengenai kehidupan mereka di laman sosial. Bukannya apa,apabila segala informasi sudah didedahkan dalam media sosial, perkara tersebut mungkin dapat memberi kesan kepada kehidupan mereka di masa hadapan. Justeru, ibu bapa juga perlu menitikberat soal perasaan anak-anak.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×