Sihat

Suka Tunggu Orang ‘Like’ Di Media Sosial, Itu Petanda Anda Alami FOMO!

27
SHARES
media sosial

Sindrom FOMO (Fear Of Missing Out) telah menjadi terlalu berleluasa sejak beberapa dekad yang lalu. Tambah pula, pada zaman sekarang, terlampau ramai dalam kalangan kita yang suka berkongsikan hal peribadi di media sosial memberi kesan pada kesihatan fizikal, mental dan emosi kita.

Malah, FOMO ini juga dikaitkan dengan situasi apabila anda rasa dipinggirkan dan sedih ketika rakan rapat tidak menjemput anda sekali ketika berjumpa rakan-rakan yang lain. Adakah rasa ini sekejap sahaja?

Baca juga: 7 Perangai Tidak Matang Dalam Kalangan Orang Dewasa, Buang Masa Layan!

SINDROM ‘FOMO’, SUKA KONGSI HAL PERIBADI DI MEDIA SOSIAL

media sosial

Menurut video yang dikongsikan Astro Awani yang menemu ramah Prof Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Anggota Lembaga Kaunselor Malaysia, sifat terlampau suka kongsikan aktiviti seharian dan hal peribadi merupakan antara tanda anda menghidap masalah FOMO.

Tertunggu-tunggu ‘likes’ dan komen dari pengikut laman media sosial setiap hari dan sering tertanya-tanya kenapa jumlah ‘likes’ setiap hari berbeza merupakan tanda anda mengalami masalah mental. Bahkan, ada situasi di mana anda yang mengalami masalah FOMO ini tidak boleh melihat orang lain lebih seronok tanpa kehadiran anda.

Mereka juga sering mencuri masuk Instagram, Facebook, Twitter kenalan untuk melihat perkembangan terkini dan sering kali melakukan aktiviti yang menyamai atau lebih daripada kegiatan kenalan mereka untuk memuaskan hati. Maknanya, mereka sering beranggapan anda cemburu dengan kehidupan mereka sedangkan itu adalah apa mereka sedang rasai.

“Jika sebaliknya berlaku, mereka akan mengalami tekanan dan seterusnya gangguan daripada segi emosi sehingga menyebabkan mereka kecewa dan mengalami tekanan serta kemurungan..“- Pakar.

Menurut Cleveland Clinic, kajian 2017 mengaitkan lebih banyak penggunaan media sosial harian dengan peluang yang lebih tinggi untuk mengalami gangguan kecemasan (FOMO). Rasa risau yang melampau apabila terlepas kemaskini mengenai isu semasa atau hal sendiri akan terus memberi kesan buruk buat jangka masa panjang jika tidak ditangani.

Macam mana nak tahu anda ada FOMO? Anda secara fizikal mungkin mengalami beberapa gejala yang berkaitan dengan kebimbangan termasuk:

-Ketegangan perut dan loya
-Sakit kepala
-Sakit badan dari kebiasaan
-Debaran jantung dan peningkatan kadar denyutan jantung
-Perasaan tekanan emosi

media sosial

*Mungkin anda ada kenalan yang sebegini? Mereka yang FOMO, tapi dikatakan kita pula yang FOMO…

Baca juga: Gatal-Gatal Pada Kemaluan, Guna 5 Cara Ini Untuk Hilangkan Dengan Cepat!

Sumber: Astro Awani, Cleveland Clinic

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×