Sejak kebelakangan ini, riuh orang ramai bercakap mengenai tindakan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mengatakan akan memansuhkan sistem peperiksaan di sekolah. Perkara ini mencetuskan tanda tanya kerana peperiksaan sekolah sangat membantu anak-anak untuk menjadi berdaya saing bagi mendapatkan keputusan cemerlang.
Tidak ketinggalan untuk turut bersuara mengenai hal ini adalah selebriti popular negara, Rita Rudaini yang sering mengutamakan pendidikan dua anak lelakinya.
Baca juga: KPM Mansuh Peperiksaan Di Sekolah Untuk Kurangkan Tekanan Murid, Mak Ayah TAK SETUJU!
“PEPERIKSAAN SEKOLAH TAK PERLU, MANSUH LA SPM SEKALI”- RITA
Dengan nada memerli, Rita mengatakan bahawa kementerian boleh mula fikir untuk mansuhkan SPM sekali supaya anak-anak tiada hala tuju dalam hidup. Meluahkan rasa tidak setuju, Rita berpendapat seorang menteri harus mendengar keluahan rakyat sebelum membuat sebarang perubahan.
Jelasnya, perubahan dasar pendidikan yang kerap berlaku membuatkan ibu bapa dan guru semakin tertekan. Menurut Rita lagi, peperiksaan tidak seharusnya dimansuhkan, sebaliknya silibus yang perlu diperbaiki.
“Cikgu-cikgu belum sempat nak hafal dan hadam sistem yang lama, dah tukar hat lain pula. Payah-payah mansuhkan sekali SPM untuk elak murid stres..” tambah Rita di laman Instagrammnya lagi.
Bagi Rita dan ramai dalam kalangan ibu bapa yang lain, peperiksaan bukanlah punca tekanan utama pelajar sebaliknya, silibus yang terlalu berat dan tidak relevan menjadi beban yang harus dipertimbangkan. Kalau fokus kepada tekanan, setiap pelajar pasti akan merasai tekanan apabila memasuki universiti atau alam pekerjaan kelak.
Dalam pada itu, Rita turut menyelitkan rutin harian anaknya yang dipenuhi dengan jadual pembelajaran untuk ‘mengejar’ silibus pendidikan yang semakin ‘advanced’. Bukan tertekan, tapi letih badan anak-anak dibuatnya..
*Ada komen netizen minta juga untuk mansuhkan sekali ujian nikah oleh tok kadi, kerana pengantin boleh stres. Menarik juga?
Baca juga: Anak Patah Tangan, Rita Rudaini Dedah Kos Rawatan Tanggung Sendiri..Insurans Dah 13 Tahun Luput!
Sumber: Instagram @ritrud727