Inspirasi

Baby Gun Hoo Dalam Return Of Superman Dah Boleh ‘Membebel’ Dalam Bahasa Jerman, Comelnya!

4.3K
SHARES

Sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang sering mengukuti rancangan realiti TV Korea berkonsepkan famili iaitu The Return of Superman. Memang tidak kering gusi melihat telatah si ayah melayan kerenah anak-anak kecil dalam kehidupan seharian mereka kan?

KELUARGA YANG JADI IKUTAN RAMAI DI KOREA

Seperti yang sudah anda ketahui salah sebuah keluarga yang mendapat perhatian penonton adalah keluarga Park Jo Hoo yang merupakan pemain bola sepak terkenal di Korea dan pasangannya Anna, yang berasal dari Switzerland. Dikurniakan dua cahaya mata yang sangat comel dan mempunyai telatah yang lucu sudah pastinya menaikkan lagi nama keluarga.

Park [email protected] yang merupakan anak sulung pasangan ini sudah mengejutkan orang ramai apabila berkebolehan untuk bertutur dalam 4 bahasa iaitu Korea, Sepanyol, Jerman dan Bahasa Inggeris ketika berusia 4 tahun! Memang hebat!

BARU UMUR 2 TAHUN DAH CAKAP PELBAGAI BAHASA!

Terbaharu, rancangan ini memaparkan satu epised terbaharu dimana adik lelakinya iaitu Park Gun Hoo pula yang sudah berkebolehan untuk bertutur dalam pelbagai bahasa! Walaupun baru sahaja mencecah umur 2 tahun tetapi Gun Hoo sudah boleh ‘membebel’ dalam pelbagai bahasa tanpa kita sedar.

Memang penonton makin teruja apabila mengetahui bahawa kanak-kanak comel ini sudah pandai bertutur dalam beberapa perkataan sebelum ini, tetapi keterujaan tersebut makin bertambah apabila apa yang dituturkan oleh Gun Hoo adalah dalam bahasa Jerman.

Ibu mereka yang berasal dari Switzerland ini turut berkongsikan kepada orang ramai apabila meraka bertanyakan bagaimana beliau melatih anak-anak bercakap dalam perlbagai bahasa. Katanya, beliau hanya menggunakan satu jenis bahasa sahaja iaitu Jerman apabila bercakap dengan anak-anak manakala suaminya akan bercakap dalam bahasa Korea.

*Comelnya!

Most Popular

To Top