Famili

Latih Anak Genius Bahasa Macam Naeun & Gun Hoo Guna Teknik One Person One Language (OPOL)

304
SHARES

Sejak kebelakangan ini, banyak isu yang melibatkan penggunaan bahasa dalam kalangan anak-anak dipersoalkan. Ada ibu bapa yang memilih untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris terlebih dahulu berbanding Bahasa Melayu dengan anak-anak. Tapi, jangan sampai terlupa pula bahasa ibunda juga kan?

APA ITU TEKNIK ONE PERSON ONE LANGUAGE?

Oleh itu, terdapat satu method yang dipanggil One Person One Language (OPOL) dimana setiap seorang ibu bapa akan bercakap menggunakan bahawa yang lebih dominan. Contoohnya, si ibu akan bercakap dalam Bahasa Inggeris sepanjang masa dan si ayah akan bercakap dalam Bahasa Melayu sepanjang masa dengan anak. Ada juga kajian djalankan oleh Annick De Houwer yang selalu mengkaji hampir 2000 keluarga, 75% kanak-kanak yang membesar dengan teknik OPOL ini akan mudah menjadi bilinggual jika dididik dengan ketat.

Bukan itu sahaja, jika anda mahu mereka fasih dalam bahasa lain yang anda juga tahu seperti Bahasa Korea, anda juga boleh bercakap dalam bahasa tersebut di dalam situasi-situasi tertentu.

KELUARGA PARK JO HOO GUNA TEKNIK YANG SAMA

Jika anda merupakan peminat rancangan realiti Korea iaitu The Return of Superman, pastinya anda akan terpegun melihat kebijaksanaan anak-anak keluarga Park Jo Hoo iaitu Naeun dan Gun Hoo yang fasih memahami bahasa asing. Hal ini kerana, ibu bapa mereka menggunakan teknik OPOL sebagai langkah untuk menjadikan anak bilinggual.

Ibu mereka yang berasal dari Switzerland ini turut berkongsikan kepada orang ramai apabila meraka bertanyakan bagaimana beliau melatih anak-anak bercakap dalam perlbagai bahasa. Katanya, beliau hanya menggunakan satu jenis bahasa sahaja iaitu Jerman apabila bercakap dengan anak-anak manakala suaminya akan bercakap dalam bahasa Korea.

*Mak dan ayah boleh cuba teknik OPOL ini untuk galakkan anak-anak bertutur dalam bahasa yang pelbagai!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×