Famili

[FOTO] Wajah Terbaharu Naeun & Gun Hoo Dari Return Of Superman, Makin Cute!

665
SHARES

Sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang sering mengikuti rancangan realiti TV Korea berkonsepkan famili iaitu The Return of Superman. Memang tidak kering gusi melihat telatah si ayah melayan kerenah anak-anak kecil dalam kehidupan seharian mereka kan?

Memang tak sah kalau anda tak kenal si cilik Park Naeun (Eden) berusia 5 tahun yang merupakan anak kepada pemain bola kebangsaan Korea ini mempunyai darah kacukan Korea-Swiss. Bukan sahaja beliau yang menjadi perhatian, adik lelakinya yang kini hampir berusia 3 tahun iaitu Park Geon Hoo ( Aciel) ini juga menarik perhatian ramai. Telatah mereka berjaya mencuit hati ramai penonton kerana mahu melihat sikap Naeun sebagai kakak yang penyayang.

WAJAH TERBAHARU NAEUN DAN GUN HOO

Pada awal tahun 2020, ayah mereka iaitu Park Jo Ho mengumumkan bahawa mereka akan berehat seketika dari dunia penyiaran kerana memberi laluan untuk Naeun dan Gun Ho mengikut ibunya pulang ke Switzerland bagi menyambut kelahiran adik terbaharu.

Mesti ramai dalam kalangan penonton yang sudah merindui wajah comel dua beradik ini kan? Jadi, kami sertakan beberapa foto wajah terbaharu Park Naeun dan Park Gun Hoo untuk mengubati rindu anda.

Memang ramai yang rindu dengan telatah dua beradik comel ini. Sudah lebih 3 bulan mereka berada di Switzerland bersama ibu dan adik lelaki baru bernama Élyséen Jinwoo Park.

Bukan itu sahaja, setelah kembalinya mereka di Korea, mereka mendapat tawaran berlakon iklan yang baharu!

Sumber: @msannapark

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×