Famili

5 Kanak-Kanak Berdarah Kacukan Korea Yang Popular Ini Mesti Akan Buat Anda Jatuh Hati!

6.9K
SHARES

Ternyata apabila anak-anak mempunyai darah kacukan, mereka mempunyai banyak kelebihan terutamanya apabila berkaitan rupa paras. Bukan itu sahaja, anak-anak berarah kacukan dikatakan lebih cerdik dari biasa, betul ke?

Paling mendapat perhatian media sosial adalah kehebatan industri K-Pop di Korea yang bukan sahaja terkenal dengan muziknya, malah kanak-kanak yang mempunyai darah kacukan pun menjadi perhatian media sosial. Oleh itu, kami senaraikan 5 kanak-kanak berdarah kacukan Korea yang mempunyai followers yang ramai mengalahkan selebriti di media sosial!

1. Ella Gross (Amerika + Korea)

www.instagram.com/ellagross

Sekali pandang macam model antarabangsa kan? Sebenarnya Ella Gross ini baharu sahaja berumur 9 tahun tetapi dah mendapat perhatian dari seluruh dunia terutama sekali syarikat-syarikat peragaan. Setakat sekarang ini, Ella Gross telah menjadi model untuk pelbagai jenama besar dunia!

2. William Hammington (Australia + Korea)

www.instagram.com/williamhammington/

Rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi Baby William ini kerana sudah popular melalui rancangan realiti popular iaitu Return Of Superman. Merupakan anak kepada pelawak terkenal iaitu Sam Hammington, telatah si kecil ini mencuri tumpuan sesiapa sahaja yang menonton rancangan tersebut. Memang comel!

3. Ilayda Yilmaz (Turki + Korea)

www.instagram.com

Mempunyai wajah yang unik dan kulit kemerah-merahan, si kecil bernama Ilayda Yilmaz ini baharu sahaja berjinak-jinak dalam dunia peragaan kanak-kanak. Walaupun begitu, Ilayda mendapat perhatian ramai dan mencuri tumpuan ramai orang di dalam industri fesyen.

4. Lincoln Paul Lambert

zhidao.baidu.com

Memiliki wajah yang kacak dan comel sejak dari kecil, Lincoln merupakan antara kanak-kanak yang paling popular di Korea. Pernah juga popular kerana sering muncul dalam rancangan realiti di kaca tv, si kecil yang sudah berusia 10 tahun ini masih menjadi tumpuan ramai kerana telatah dan wajahnya yang makin jambu!

www.instagram.com/lincoln1001/

5. Lauren Lunde (Kanada + Korea)

www.instagram.com

Rambut semulajadi perang, mata bulat dan mempunyai kulit yang cantik, inilah yang menjadi kelebihan apabila mempunyai darah kacukan seperti Lauren Lunde. Juga terlibat dalam bidang peragaan kanak-kanak, si kecil ini turut memperaga barangan dan pakainan dari jenama besar di Korea. Tak lama lagi bolehlah ke pasaran antarabangsa kan?

*Comel dan cantik semuanya kan? Siraplimau suka Ella Gross, anda suka yang mana?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×