Dapur

Siap Ada Gulai Lemak Salai, 6 Menu Harian ‘Rare’ Untuk Anak Kecil Dari Ibu Ini Dapat Pujian

64
SHARES

Bereksperimen dengan makanan untuk anak kecil merupakan perkara yang sangat seronok dilakukan ibu. Inilah masanya untuk si ibu mengetahui apakah jenis makanan yang digemari oleh anak-anak. Tapi, kalau setiap hari asyik sediakan menu yang sama seperti bubur nasi dan sup ayam sahaja pun pasti mereka akan bosan kan? Jadi, apa kata anda cuba cara yang dikongsikan oleh si ibu ini dimana beliau menyediakan makanan yang agak berlainan dari orang lain. Siap ada masak salai pula tu!

6 MENU LAIN DARI LAIN UNTUK ANAK KECIL

Sekiranya ibu-ibu ketandusan idea, sila la try menu harian Qaid. Semoga membantu dan dipermudahkan. Tips : Pastikan stock cfs (chicken feet stock) and tomato paste sentiasa ada. It would help a lot. I’m a working mom, so i hope this will encourage others mommy to serve real food for our child.

1.GRILLED CHICKEN CHOP

Ayam tu kita perap dengan madu dengan mix herb, lada hitam. Then grill. Lepas tu untuk sos dia guna pan yang grill tadi. Tumis bawang merah dengan putih dengan unsalted butter. Then add on cfs and full cream milk. Lepas tu pindahkan ke kuali sebab pan tu masa grill dah hangit. Nanti kuah pahit. Lepas tu letak air dan cendawan. Yang balance perapan tu boleh mix sekali. Tambah tepung jagung. Siap.

2. NASI VIRAL 3 BUDAK GEMUK

Ayam perap dengan bawang merah dan putih yg ditumbuk bersama kurma. Tambah sikit madu. perap semalaman. Kemudian goreng ayam dan toskan. Blend bebwang dan tumis. tambah serbuk kari ( sesudu ). Tambah cfs dan lebihan air perapan. Biarkan seketika dan masukkan ayam. Sambal : Tumis bebwang. Masukkan tomato paste and cfs.

3. Mee Baby Noodle

Tumis bebawang sampai naik bau. Tambahkan air dan tomato paste. masukkan cfs dan sayur. Kemudian masukan mee dan udang. Pecahkan telur dan masukkan sedikit tepung jagung.

4.NASI GORENG KAMPUNG

Tumbuk bebawang dan tumis sehingga naik bau. Tambah cfs dan kacau. Masukkan nasi, sayur, sotong. Last sekali tambah ikan bilis.

5. MASAK LEMAK TALAPIA SALAI VERSI KANAK-KANAK

Bakar ikan talapia terlebih dahulu. Step dia, lumur ikan dengan kunyit dan lada hitam. Lepas tu balutkan ikan dengan daun pisang dan bakar atas pan ajaib. Dah masak then biarkan sejuk. Step kedua, Tumbuk bawang dan kunyit hidup. Masukkan kedalam periuk. Tambah air dan cfs. Masukkan santan kacau. Tambah kacang panjang. Last sekali masukkan ikan salai tadi.

6. NASI GORENG SAYUR

Goreng ikan bilis terlebih dahulu ( basuh dan rendam ).Tumbuk bebawang dan tumis sehingga naik bau. Masukkan cfs, carrot, jagung dan kacau sehingga kering. Tambahkan nasi dan sayur bayam. Renjis sedikit minyak bijan ( bau sangat sedap dan menyelerakan ).Last sekali tambah ikan bilis.

*Jangan risau, makanan yang disediakan di atas tidak pedas ya.

Sumber : Hidayah Dida

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×