Makanan apa yang anak-anak tak akan pernah tolak untuk makan? Nugget! Ya, nugget merupakan salah satu makanan ringan yang anak-anak pasti akan suka. Namun, kita tak mahu mereka terlampau suka makan nugget kerana makanan ini adalah di dalam kategori makanan yang diproses. Oleh itu, apa kata anda cuba resipi nugget ayam yang ‘homemade’ dimana tak guna penambah rasa pun! Sihat dan bersih pula tu untuk dimakan oleh seisi keluarga.
RESIPI NUGGET AYAM HOMEMEADE
BAHAN-BAHAN DAN CARA MEMASAK
1. Dada ayam 500gm
– buang kulit
– buang tulang kot-kot la ada
– bersihkan
2. Pastu potong kecik-kecik.. sekecil mungkin ya puan-puan.
3. Sebab sis tak ada food processor nak hancurkan isi ayam ni.. sis guna alatan secara manual je. Sis cincang guna pisau a.k.a parang kontot. Sis cincang, ala-ala kungfu sampai lumat dan halus.. sehalus hatiku yang mulus.. eeceewah!
4. Agen pelekat
– roti putih 5 keping
– susu segar 1 gelas
* susu lembu je.. tak payah nak mengada guna susu kambing atau susu unta.
5. Potong kecil-kecil roti atau koyak-koyak ya puan-puan.
6. Pastu.. tuangkan susu ke atas roti.. bukan tuang ke dalam mulut pulak ya..
7. Pastu hancur-hancurkan bancuhan roti + susu tadi sampai lumat.. ini lah masa kalau nak lepas geram kita tumbuk-tumbuk roti tu sampai lunyai. Tapi sis tak buat macamtu.. sis tumbuk-tumbuk manja supaya roti terhibur dengan layanan sis.
8. Bahan perasa
– bawang putih 3 ulas : cincang
– bawang merah 1 biji : cincang
– serbuk lada putih : 1 sudu teh
– baking powder : 1 sudu teh
– garam : 1 sudu teh (sis guna garam bukit)
– oregano kering : 1/2 sudu teh
– thyme kering : 1/2 sudu teh
* takyah buh bahan pengawet/serbuk perasa tiruan/msg/ajinomoto/ajinobasikal/masako atau yg sewaktu dengannya.
9. Inilah dia, masa pertunjukan show time. Campurkan semua sekali.. ayam + bancuhan roti + bahan perasa
10. Uli.. gaul.. buat la apa cara pun.. nak silat ke kuntau ke apa mak nenek teknik asalkan hasilnya sebati.. okey puan-puan.
11. Lepas itu, ambil loyang atau orang kedah cakap pelengat atau periuk yang boleh diguna untuk mengukus.. sapukan minyak masak skit untuk elakkan berlakunya tragedi melekat di sana sini. Ingat tau bubuh minyak masak.. bukan minyak gamat pulak ya.
12. Sediakan pengukus..
– kukus 25 – 30 minit.
– matikan api
– biarkan sejuk
13. Dah sejuk keluarkan dan sedia untuk dipotong.
14. Potonglah ikut suka hati uolss.. nak bentuk bintang ke bentuk doraemon ke.. suka suka uolss la.. sis tak mahu nak susah-susah diri.. sis potong macam kat dalam gambo tu je.. senang!
15. Bahan salutan : ini versi krup-krup bukan yang tempura tu.. next time sis akan tunjuk cara buat salutan tempura pulak ya.. insha Allah.
– campuran tepung : tepung gandum 2 sudu makan + t.beras 1 sudu makan
– telor ayam
– serbuk roti /bread crumb
16. Kacau telur.. masukkan potongan ayam yang kita kukus tadi dalam telur.
17. Pastu masukkan kat tepung pulak ya puan-puan.
18. Now, masukkan kat serbuk roti.. golek-golek.. gelek-gelek ala-ala disko dangdut sampai semua serbuk roti menyaluti penuh ayam tu.. tepuk-tepuk manja biar padat hokey.
19. Siapkan!
20. Ini lah saya.. selepas dibekukan. Hensem kan? Samakan macam yang kita beli kat kedai tu?
21. Inilah waktu yg di nanti-nantikan. #nuggettanpamsg
Sedap kan? Bukan sahaja kita suka, anak-anak lagilah suka! Boleh lah dijadikan sebagai makanan sihat untuk anak-anak dan juga dijadikan aktiviti masak bersama-sama dengan anak untuk mengisi masa lapang ketika cuti sekolah.
Sumber: El Musliha Katiman