1-2 Tahun

5 Idea Resipi Makanan Snek, Sesuai Untuk Si Manja Umur 6 Bulan & Ke Atas Yang Susah Nak Makan!

1.2K
SHARES

PERKONGSIAN MAKANAN YANG ANAK AKAN SUKA!

Mommies yang ada masalah baby tak nak/susah makan/cerewet dan berat badan tak cukup bolehlah cuba resepi ni.. Manalah tau kot-kot ada yang serasi.

Memang stres kan sebab masak macam-macam  pun anak makan sesuap dua  tak pun langsung tak nak makan. Resepi yang saya share ni banyak berunsurkan beras/tepung beras/susu supaya boleh mengenyangkan walaupun si manja makan dalam kuantiti yang sikit je. Dan pastinya dalam portion yang kecil (seminimum mungkin) sebab si kecik memang susah nak makan. Anak-anak yang cerewet bab makan (picky/selective eater) ni bukan je tak cukup zat, tapi boleh alami masalah yang lagi serius seperti anemia, masalah tulang dan proses pembesaran anak pun boleh terganggu. Sebab tu pentingnya cari menu yang anak boleh makan (anak saya kalau kategori suka, dia sendiri yang mintak lagi dan boleh makan separuh hidangan. Kategori ‘boleh makan atau boleh telan’ dia makan 4-5 sudu baby pastu tak nak dah, kategori tak suka, makan sesudu terus ludah).

http://www.motherforlife.com/

Kalau mommies perasan, dalam album ni banyak menu utk snek/kudapan anak-anak. Sebenarnya sebelum ni dah beberapa kali bawa anak jumpa pakar pemakanan sebab tak cukup berat. Pakar pemakanan jelaskan waktu snek sebenarnya penting bagi proses pembesaran bayi/kanak-kanak terutama anak-anak cerewet makan.

KENAPA WAKTU SNEK PENTING UNTUK PEMBESARAN BAYI?

*Membantu menampung keperluan zat & nutrisi harian

*Membantu kurangkan rasa lapar supaya anak tak asyik meragam je

* Sebagai sumber kalori & tenaga utk anak-anak

www.bundoo.com

* Kadang-kadang anak rasa bosan nak duduk diam menghadap makanan je nak-nak kalau makan pun kena paksa. So waktu snek merupakan waktu yang lebih ‘sempoi’ waktu bermain dan kunyah-kunyah (walaupun mommies tetap kena pantau ank makan)

* Bila kerap makan snek/kudapan ringan-ringan ni, sesetengah bayi/kanak-kanak akan ‘timbul’ rasa nak makan jugak nanti
Tapi apa pun, masa kudapan mestilah diantara waktu makan utama supaya tak kurangkan nafsu makan si manja dan mesti dalam kuantiti yg sikit (supaya anak tak rasa stres untuk habiskan)

http://barktime.co.uk/

Mungkin ada antara mommies yang si kecik (10bln++) dah tak nak makan makanan baby/segala puri dan bubur. Sebelum ni paed pernah terangkan dah boleh intro menu famili sikit-sikit pada bayi 10bln++. Tapi pastikan tak ada gula/garam la. Boleh lenyek/blend halus lauk + bubur/nasi lembik. Dalam album ni ada juga menu yang sesuai untuk anak setahun++. So mommies bolehlah tengok-tengok menu yang sesuai dengan usia si manja.

5 IDEA MENU MAKANAN UNTUK ANAK BERUSIA SETAHUN DAN KE ATAS

1. Bubur Tepung Beras (6m++)

www.facebook.com/groups

1 sudu besar tepung beras
½ cawan susu formula (4oz)

Cara-CARA:

1) Larutkan tepung beras dalam susu.
2) Kacau di atas api perlahan hingga pekat. Tutup api.

*kalau baby xcukup berat badan, boleh gunakan air tajin (air didihan nasi) atau bubur tepung beras ni campur dlm susu baby (macam nestum). Tepung dimasak dgn ½ cwn air biasa & pastikan bubur dimasak cair (supaya baby xtersedak). Boleh larutkan sesudu-2 bubur dalam air panas. Tapis & pastikan tiada ketulan bubur, kemudian barulah ditambah air masak & susu.
*Utk baby 8bln++ boleh masak sehingga likat sikit (utk makan)
*Ini hanya resepi asas, boleh tambah sedikit puri buah untuk variasikan rasa (utk makan)

Nota kaki: Sy baru tau resipi ni dari sorang makcik.. Bubur ni mengenyangkan baby & boleh tambah berat badan.. Skrg baru cuba.Yang sy buat ni dah ditambah puri pisang.

Updated**
Resipi ni sebenarnya thn lps sy upload. Sy pn dh terlepas pndg sal susu ibu (sy guna fm). Jika nk gunakan susu ibu. Masak tepung beras dgn air hingga benar² pekat. Tutup api & cairkan bubur dgn susu suam mengikut kepekatan yg diingini.

2. Puding Roti Kukus (dari 8bln++)

www.facebook.com/groups

4 keping roti
1½ cawan susu formula
1 sudu besar unsalted butter
2 biji telur A
sedikit puri buah (tak kisahlah buah apa, janji anak suka)
sedikit kismis/kurma (dicincang)

Cara-cara

1) Panaskan pengukus (sy gune elektrik lunch box jer).
2) Rendam roti dalam susu, ketepikan. (terpulang nak potong dulu roti ke sy hancur2kan dgn sudu jer bile dah kembang)
3) Masukkan butter, telur dan puri buah (saya guna kurma) dalam mangkuk lain. Kacau sebati.
3) Campurkan adunan telur ke dalam rendaman roti tadi. Kacau rata.
4) Masukkan adunan ke dalam mangkuk/loyang yang telah disapu dgn sedikit butter. Tabur kismis/kurma sebagai hiasan.
5) Kukus 15-20 minit atau sehingga masak.

*jika gunakan telur saiz B, gunakan 3 biji telur
*sy gunakan cawan (standard measuring cup), jika sukat gunakan cawan biasa, gunakan 2 cawan air.
*utk dptkan puding yg lebih lembut, boleh tambah ½ cawan air/susu

Nota kaki: Si kecik ni suka kalau buat puding roti lembik² sikit sebab senang die nk telan tanpa kunyah.. Baby takda gigi pun senang makan.

3. Begedil Ikan (dari 10bln++)

www.facebook.com/groups

Kalau anak tak suka makan ikan, bolehlah guna ikan goreng yg tak habis tu buat begedil ni. Nak gune ikan rebus pun boleh, tapi guna ikan goreng lagi sedap.

Bahan-bahan

Isi ikan goreng – dibuang tulang & ditumbuk kasar (nak blend halus pun boleh, kami suke yg chunky)
2 biji kentang
1 sudu kecil bawang goreng (atau 1 biji bwg merah ditumis)
2 biji baby carrot – diparut
Serbuk ikan bilis (optional)
Sedikit daun sup

Bahan salut 1
1 biji telur ayam – dipukul ringan

Cara-cara

1. Kentang dipotong nipis dan digoreng dalam sedikit sahaja minyak zaitun hingga lembut. (kalau guna bawang merah, tumis bawang dulu & ketepikan. Kemudian baru goreng kentang supaya aroma bawang lebih terasa)
2. Lenyekkan kentang.
3. Campur semua bahan & gaul sebati
4. Ambil sedikit adunan, bulat dan leperkan. Buat sehingga habis.
5. Celupkan begedil yang telah dibentuk tadi dalam telur yang telah dipukul ringan. Goreng dalam minyak panas. Kalau anak ada eczema, gantikan telur dgn bahan salut ni

Bahan salut #2 (tempura)
½ sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
2-3 sudu makan air
Campurkan semua tepung. Tambah air sikit demi sedikit agar batter xterlalu cair.
Nota kaki: Begedil sebelah kanan tu salut telur & sebelah kiri salut tempura.

4. Kastad Susu (dari 8bln++)

www.facebook.com/groups

1 sudu teh tepung jagung
½ cawan susu formula (4oz)
1 biji kuning telur

Cara-cara

1) Gaulkan kuning telur bersama tepung jagung, ketepikan.
2) Panaskan susu di dalam periuk dengan api perlahan.
3) Ambil 4-5 sudu susu panas (xperlu tunggu mendidih) dan masukkan ke dalam bancuhan kuning telur tadi. Ini bertujuan untuk memanaskan kuning telur tanpa terus memasaknya & elak telur jadi berketul.
4) Kacau sebati. Tuang semula adunan telur+susu ke dalam periuk.
5) Masak semula adunan hingga likat (mengikut kesesuaian usia bayi anda).

*tambah sedikit puri buah untuk variasikan rasa
*kalau simpan dlm fridge tahan 2 hari. dimakan sejuk atau pnskn semula sblm bg baby
*untuk tambah kalori, boleh tambah sesudu kecil unsalted butter
*jika gunakan susu ibu, gunakan ½ cawan air. Masak hingga benar² likat. Cairkan mengikut kepekatan yang diingini setelah masak.

5. Sup Cendawan (dari 10bln++)

www.facebook.com/groups

Bahan-bahan

150gm cendawan (sy guna buna shimeji)
1 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu besar olive oil
2 sudu besar unsalted butter
1 sudu besar tepung gandum
1-2 cawan susu formula/santan
Sedikit stok ayam/bone broth
Air secukupnya
Sedikit lada hitam (optional)
Secubit daun thyme kering (optional)

Cara-cara

1. Panaskan butter bersama olive oil kemudian tumis bawang hingga naik bau.
2. Masukkan cendawan & kacau sehingga lembut/masak. Tutup api & kisar semua bahan tadi.
3. Larutkan tepung gandum bersama sedikit air (supaya tepung tidak berketul) & panaskan bersama susu/santan di dalam periuk. Masukkan cendawan yg telah dikisar tadi serta stok ayam.
4. Tambahkan air secukupnya mengikut kepekatan yg diingini.
5. Perasakan dengan sedikit lada hitam dan herba thyme jika suka.

*bg anak setahun++, boleh gunakan krim/susu segar
*bg ank yg elergik susu/Iaktosa, gunakan santan cair atau kurangkan sukatan santan agar rasa santan tidak terlalu dominant
*ank yg picky eater/susah nk mkn/xckup berat, boleh gantikan 1 sudu besar tepung gandum dgn 1-2 sudu kecil serbuk beras sebagai ejen pemekat
*penggunaan herba thyme menyebabkan rasanya sedikit berbeza namun ia boleh meredakan batuk/selsema & mampu meningkatkan kesihatan tulang.
*selain enak dimakan dgn garlic bread, resepi ni juga boleh dijadikan sebagai sos carbonara utk pasta. Hanya tambahkan ayam/serbuk ayam & sayur-sayuran

*Dah ada idea masakan baharu untuk anak-anak kecil ni, jangan lupa untuk mencuba ok!

giphy.com

Sumber: Yatie Eimra

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×