Dapur

Resipi Taufu Fa Yang Boleh Siap Dalam 15 Minit, Guna 4 Bahan Saja Dah Jadi!

2.1K
reads

Selepas berbuka puasa, mestilah kita cari pencuci mulut. Kalau dah tak tahu nak beli apa dekat bazar Ramadhan, apa kata anda cuba buat sendiri juadah pencuci mulut di rumah. Mesti anda tahu apa itu taufu fa kan? Bukan sahaja dalam bulan Ramadhan, malah di bulan-bulan yang lain pun, taufu fua menjadi kegemaran ramai tidak kira waktu. Ada yang suka makan taufu fua panas-panas dan ada juga yang suka makan selepas disejukkan. Semuanya sedap! Jadi, apa kata anda cuba buat taufu fua macam yang boleh dibeli di bazar ini di rumah, 15 minit saja dah siap tau! Bolehlah bertukar-tukar juadah dengan jiran tetangga.

http://www.hungryagainperth.com/

Bahan-bahan

www.facebook.com/ena.sayang

– Air Soya dua kotak yang besar (sekotak tu bersamaan 1 liter).
– Agar-agar tali/ jelly strips yang 26 gram (dekat paket tak tulis, tapi saya pergi timbang)
– Air kosong 2 ke 3/4 cawan untuk larutkan agar-agar (**kalau guna agar-agar 20gram, guna air 2 cawan sahaja.)
– Daun pandan utk bagi wangi

Cara-caranya

1. Larutkan agar-agar dengan air. Letak daun pandan.

www.facebook.com/ena.sayang

2. Lepas agar tu dah larut, masukkan 2 kotak air soya tu. Panaskan sekejap.

www.facebook.com/ena.sayang

3. Pastikan anda tapis dahulu sebelum masukkan ke dalam bekas.

www.facebook.com/ena.sayang

4. Biarkan sejuk sekejap sebelum letakkan di dalam peti ais
5. Dan SIAP!

www.facebook.com/ena.sayang

* Air gula merah/air gula biasa (Nak sedap lagi, letakkan siap-siap air gula di dalam bekas tau fu fah tu, lepas itu sejukkan, dah sejuk baru mkn.)

Anak-anak dan seisi keluarga mesti suka.Selamat mencuba!

Sumber : Azrina Razali

Yang Popular

To Top