Dapur

Modal RM30 Saja Boleh Buat Shell Out Untuk Seisi Keluarga, Memang Berbaloi!

1K
SHARES
resepi shell out

Shell Out merupakan antara juadah yang kini menjadi kegemaran orang ramai. Bukan sahaja rasanya yang enak, kuantiti lauk yang boleh didapati dalam satu juadah juga adalah lengkap. Namun, harga juadah shell out ini kalau untuk dimakan beramai-ramai di restoran luar agak mahal juga. Oleh itu, apa kata anda masak sahaja guna resepi shell out di rumah dengan modal RM 30 sahaja! ‘Bergunung’ lauk boleh dapat.

Baca juga: Siapa Cakap Makan Telur Puyuh Kolestrol Tinggi? Rupanya Ada 10 Khasiat

RESIPI SHELL OUT BAJET RM30 SAHAJA

Malam ni kita berShell Out dengan suami. Modal Rm30 . Semua bahan beli di Nsk je.

-Sotong 5 ekor Rm 2.15
-Ketam nipah 2 ekor Rm 15
-Udang 15 ekor Rm6.70

resepi shell out

Sayur brokoli, jagung, tomato, carrot dan lain-lain.

resepi shell out

Untuk bahan tumis.

-2 buku bawang merah

-4-5 ulas bawang putih

-1 inci halia

-3 batang cili padi

-2 batang serai

-Sedikit ikan bilis dan belacan (optional) *bahan ni wajib blend**

Bahan rebus

-Jagung dan brokoli je saya rebus (sayur lain tak)

resepi shell out

– Rebus ketam, udang , sotong atau lain-lain seafood yang korang nak. Cuma ketam tu. rebus asing. Air dia kita akan guna untuk kuah. Kalau campurkan semua sekali. Nanti nak buat kuah pati tak sedap. Saya guna air rebusan ketam je.

resepi shell out

CARA MASAK IKUT RESEPI SHELL OUT

1. Tumis smua bahan yang dah di blend . Masukkan 4-5 sudu cili boh.

2. Masa tumis tu masukkan daun limau purut dan juga serai ketuk 2 batang

3. Bila dah naik bau dan cili dah masak. Masukkan 4-5 senduk air ketam (ikut bnyak mana kecairan yang suka)

4. Masukkan 2 sudu sos tiram dan 2 sudu sos cili.

5. Masukkan gula garam aji. Saya lebihkan gula sikit sebab shell out selalunya manis sikit. Ikut selera la. Bila dah siap kuah. Masukkan smua sayur dan seafood tadi. Gaul dan hidangkan. Siap.

Terliurnya!

Sumber : Aleeya Azlaili

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×