Dapur

Resipi Roti Pizza ‘Cheese’ Untuk Kelainan Santapan Minum Petang Anak Di Rumah

2.5K
reads

“Anak balik sekolah petang ni nak jamu apa eh? Kesian pula tak ada minum petang yang sedap-sedap untuk budak-budak ni”

Bila anak pulang dari sekolah atau dari kelas tambahan pada waktu petang, mesti perut mereka pun dah mula berkeroncong. Biasalah, waktu-waktu petang ini merupakan masa untuk mereka beriadah dan juga minum petang. Jadi, untuk ibu yang ada di rumah dan tak ada idea apa nak masak sesuatu yang berlainan untuk minum petang, jom cuba resipi roti ini. Mesti anak-anak suka!

www.facebook.com/EmaAkhirudin

RESIPI ROTI CHEEZY PIZZARIA UNTUK SI MANJA

Ibu-ibu, petang-petang ni jom kita pikat hati anak-anak soleh. Anak-anak kan suka nau makan pizza, kali ni ibu bagi surprise ROTI CHEEZY PIZZARIA. Allah, bukan takat anak je riang ria, daddy pun tumpang bermanja. Bahannya sangat MUDAH, memang dok ada kat dapur pun. Ibu-ibu cubalah, esok hari minggu boleh pakat buat dengan anak-anak. Steps nya ema dah letak di gambar tau.

VIDEO UNTUK PANDUAN

Bahan-bahan Untuk Sos Pizza

1. 4 sudu tomoto puree
2. 1 sudu kecil olive oil
3. 1 sudu gula
4. Garam secukup rasa
5. Serbuk lada hitam
6. Sedikit air (ikut suka nak likat macam mana)

www.facebook.com/EmaAkhirudin

Bahan untuk roti sosej

1. Sos pizza yang dah siap tadi
2. Sosej di potong dua (boleh rebus atau microwave kan jerrr. Ema microwave je cepat sikit)
3. Kraft cheese, yumsss
4. Roti Gardenia, sungguh enak dimakan begitu saja

Caranya

1. Buat sos pizza dulu. Masukkan 4 sudu tomoto puree dalam mangkuk dengan bahan-bahan sos yang lain. Kacau supaya sos tu likat ala ala sos tomato. tak cair sangat.

www.facebook.com/EmaAkhirudin

2. Letak sos atas roti gardenia yang dah dipotong dua. Kalau malas potong pun takpe

3. Susun sosej cantik-cantik atas roti, selimutkan dengan cheese

www.facebook.com/EmaAkhirudin

4. Panaskan oven – high temperature (boleh la buat dari awal)

5. Masuk roti sosej tadi, kejap je (dalam 2 – 3 minit) janji cair cheesenya. Lagi pulak temperature tu dah panas dan sosej pun dah masak separuh.

www.facebook.com/EmaAkhirudin

6. Siap! Hidang ketika panas. Sedapnyaa!

www.facebook.com/EmaAkhirudin

Sumber : Rahimah Ahmad Akhirudin

Yang Popular

To Top