Dapur

Resipi Mudah Asam Laksa Chinese Style, Kurang Pedas & Sesuai Untuk Anak Kecil

334
SHARES

Asam laksa merupakan antara juadah yang paling popular bukan sahaja di Pulau Pinang, malah satu Malaysia sangat suka dengan rasa dan tekstur asam laksa. Mempunyai rasa yang masam dan pedas, juadah ini sangat sesuai untuk dimakan pada bila-bila masa sahaja. Namun, ramai yang masih tertanya-tanya bagaimana caranya untuk masak asam laksa chinese style yang menjadi kegemaran orang ramai ini? Mudah sahaja dengan resipi yang dikongsikan di bawah.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

Bawang besar 2 labu
Serbuk cili
Lengkuas
Kunyit hidup
Belacan melaka
Cili burung – bubuh banyak kalau nak pedas

*Blend semua bahan bahan di bawah.

Serai 3 batang (ketuk)
Daun kesum
Bunga kantan
Asam jawa
Asam keping (saya letak 8 keping)

Isi ikan 1 kg- Blend sampai hancur

1. Masukkan semua bahan yang diblend, isi ikan dan sayuran seperti diatas.

2. Masukkan garam dan perasa.

3. Didihkan kuah sampai daun kesum masak sepenuhnya.

Done! Warna kuah dia tak berapa nak merah sebab saya masak untuk anak anak makan skali. Korang suka pedas boleh letak cili lebih.

Selamat mencuba!

Sumber : Norbaizura Sani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×