Dapur

Resipi Paling Senang, ‘Gerenti’ Siapa Pun Boleh Cuba Kek Cheese Lotus Biscoff Ini. Memang Sedap!

15
SHARES
kek cheese lotus biscoff

“Teringinnya nak makan kek cheese lotus biscoff. Tapi, risau pula cara nak buat ‘complicated’. Haih…”

Memang jadi kebiasaan untuk semua orang bila tiba waktu malam mesti teringin benda manis. Lebih-lebih lagi bulan Ramadhan ini, selesai solat tarawih mesti anda tercari-cari sesuatu di dapur untuk moreh. Apa kata cuba resipi kek cheese lotus biscoff?

Jika anda ingat suatu masa dulu, menjadi ‘trend’ ramai orang menggunakan lotus biscoff ini. Sekarang bolehla kita guna kembali bahan ‘trendy’ iaitu biskut lotus biscoff ini bersama kek cheese. Menarik kan bunyinya? Jom ikuti perkongsian penulis mengenai resipi mudah kek cheese lotus biscoff!

Baca juga: Belum Habis ‘Demam’ Lotus Biscoff, Jom Try Resepi Aiskrim Guna Biskut Viral Ini Pula!

RESEPI KEK CHEESE LOTUS BISCOFF, PENUHI ‘CRAVING’ ANDA PADA TENGAH MALAM

 kek cheese lotus biscoff

Bahan-bahan:

  • 500 g cream cheese
  • 3 biji telur
  • 1/2 tin susu pekat
  • 3 sudu besar gula icing
  • Esen vanilla
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Biskut lotus biscoff
  • Lotus biscoff spread

Cara Penyediaan:

1. Kisar halus cream cheese, telur, susu pekat, gula icing dan esen vanilla mengikut sukatan yang telah diberikan.

2. Kemudian, masukkan tepung jagung ke dalam adunan itu dan kisar semula sehingga sebati.

 kek cheese lotus biscoff

3. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan seterusnya bakar di dalam oven selama 180 darjah, 55 minit.

 kek cheese lotus biscoff

4. Setelah siap, keluarkan kek cheese itu daripada loyang. Selepas itu, hancurkan biskut lotus biscoff sehingga menjadi hancur untuk dijadikan hiasan.

5. Panaskan jugak lotus biscoff spread menggunakan microwave. Kemudian, tuangkan ke atas kek.

 kek cheese lotus biscoff

6. Sebagai hiasan kek, taburkan biskut lotus biscoff yang telah dihancurkan tadi. Tambahan, letakkan biskut biscoff  yang masih tak dihancurkan mengikut kreativiti anda di atas permukaan kek. 

7. Kek cheese lotus biscoff akhirnya boleh dimakan!

Senang sangat, kan? Bolehlah anda mencuba kalau tiba-tiba ‘craving’ benda manis tengah malam nanti. Tambah pula, rasa kek cheese lotus biscoff ini tidak muak. Pasti boleh makan banyak kali!

Sebenarnya bukan pada bulan Ramadhan je boleh buat kek cheese lotus biscoff ni, untuk sambutan ulang tahun atau apa-apa majlis, boleh juga guna pakai resipi ini. Bahan pun senang dapatkan di pasaraya berdekatan dan cara penyediaan yang sangat ‘simple’. Paling penting, sedap tak terkata.

Apa lagi? Selamat Mencuba!

Sumber: Facebook  Resepi Shafiqcute

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×