Dapur

Tak Perlu Terbang Ke Negara Arab, Buat Je Manisan Nougat Yang ‘Chewy’ & Sedap Ini Di Rumah

316
SHARES

“Sedapnya nougat yang chewy, manis-manis…”

Nougat adalah satu manisan timur tengah yang teksturnya ada yang kenyal dan ada yang rangup, juga kebiasaannya diimport dari negara Arab dan Australia. Oleh itu, harga yang dijual di supermarket juga boleh tahan mahal. Jadi, wanita ini berkongsi cara membuat nougat sendiri di rumah dengan mudah.

“Ada penggemar nougat kat sini? Ni ha.. Homemade Nougat. Manisan dari negara-negara nun di sana. Ada yang claim dari Timur Tengah, dari Turki, dari Itali. Tak kisahlah mana-mana pun yang penting kita buat menjadi (Dan tak ada gunakan susu unta atau susu apa pun walau setitis)”

CARA & BAHAN YANG MUDAH

Sebiji putih telur gred A juga secubit garam. Putar sampai bertanduk

Setengah cawan gula pasir, setengah cawan madu. Didihkan sampai berbuih, gula hancur dan pekat melekat.

CAMPURKAN KEDUA-DUA SEKALI

Tuang campuran madu dan gula tadi ke dalam putih telur. Hati-hati sebab larutan ini panas ya amat. Terus putar.

Putar sampai jadi pekat macam ni.


Nak tau tekstur ok atau tak, titis sikit bancuhan dalam air sejuk. Bila dia sejuk, dia memejal elok. Tu maknanya dah ok. Dah boleh berhenti putar bancuhan tadi.

MASUKKAN KEKACANG & GAUL


Masukkan secawan kacang pistachio (terpulang kacang apa pun boleh, tapi kacang tanah tak sesuai), dan setengah cawan beri kering.


Gaul cepat-cepat supaya dia tak mengeras.


Bekas ni saya lapik dengan plastic wrap dulu. Lepas tu alas dengan baking paper. Spray dengan cooking oil.

RATAKAN & SIAP!


Tuang je la. Cepat-cepat sebab time ni dia dah mula nak memejal. Nanti melekat payah. Ratakan elok-elok & tutup atas dia. Ratakan, mampatkan. Biarkan pada suhu bilik 4-5 jam. Dah siap. Boleh dah potong.

*Senang je kan? Boleh lah try buat weekend ni 🙂

Sumber: AJ Idris

Most Popular

To Top