Advertorial

Uji Cha Malaysia, Kafe Dessert Jepun Yang Anda Wajib Cuba. Memang Meleleh Habis!

12.6K
SHARES

 Highly recommend dessert cafe. Tak perlu jauh-jauh hanya di Publika!

Anda tercari-cari kafe dessert yang betul-betul berhantu? Iyelah kalau cuaca dah panas, memang buat kita dahaga dan inginkan sesuatu yang boleh sejukkan tekak. Kalau kat Malaysia popular dengan cendol dan ais kepal. Kalau dapat time cuaca panas ni memang padulah.

Tapi kalau anda nakkan sesuatu yang baru, boleh mencuba dessert ala-ala Jepun ni. Uji Cha Malaysia antara kafe dessert Jepun dengan sajian utama yang memang luar biasa dan juga pencuci mulut yang confirm kena dengan tekak orang Malaysia.

Kafe Pencuci Mulut pertama dengan konsep Jepun

Uji Cha Malaysia memang sangat popular dengan pelbagai dessert. Jika anda tak pernah tahu tentang Uji Cha Malaysia, ia antara yang pertama menggunakan konsep Jepun tau. Kafe ini beroperasi pada hari Ahad hingga Khamis pada jam 10 pagi hingga 11 malam, Jumaat dan Sabtu pada 11 pagi hingga 12 malam. 

Hidangannya juga bertemakan Jepun dan semua bahan-bahan diimport khas dari Jepun. Menarik kan?Jom kita lihat menu di Uji Cha Malaysia. 

Pelbagai variasi aiskrim di Uji Cha Malaysia. Menggiurkan betul!

Aish tengok gambar pun dah terliur. Di Uji Cha Malaysia, mereka menghidangkan beberapa jenis aiskrim yang memang eye-catching dan sedap tau. 

Antara aiskrim yang menjadi kegilaan ramai ialah Uji Cha, Tokyo, Osaka, Hokkaido dan Okinawa. Rasa dia kalau anda nak tahu memang sedap. Dah balik rumah pun masih terasa tau. Macam nak repeat je!

Kakigori antara hidangan yang menjadi tumpuan di Uji Cha Malaysia!

Kakigori antara hidangan yang ditunggu-tunggu oleh regular customer Uji Cha Malaysia. Kalau orang Malaysia, kita panggil ais kepal lah. Tapi, apa membezakan ais kepal dengan Kakigori ialah perisa yang digunakan. Taburan kekacang sebagai topping dan sudah tentu saiz yang memang besar.

Ni kalau makan seorang memang tak habis. Eloklah anda datang beramai-ramai di Uji Cha Malaysia untuk kongsi hidangan ini.

Nak lagi Wow? Seleksi Ice-blended pelbagai perisa pun ada!

Haa, kalau anda semua rushing masa lunch hour tu, eloklah order ice blended ni. Antara perisa ice blended ialah Matcha Latte, Houjicha Latte, Genmaicha Latte, Cocoa Latte, Matcha Chocolate Latte, dan Yuzu. Jika nak feeling seperti di Jepun, anda wajib cuba ice blended ini.

Lunch Set yang memang lain daripada yang lain. Wajib cuba!

Kalau dulunya, Uji Cha Malaysia lebih sinonim dengan sajian pencuci mulut, sekarang mereka juga ada hidangan set makan tengah hari sesuai untuk office worker di sekitar Solaris Dutamas.

Antara pilihan tambahan dalam menu di Uji Cha Malaysia ialah TwiColor Warabi dan Shiratama kinako. Jika anda tak tahu nak pilih menu apa untuk set hidangan tengahari, anda boleh cuba ini. Sangat kenyal dan dihidang dengan gula perang Jepun.

Untuk pengetahuan anda, set lunch ini dihidang dengan hidangan daging lembu seperti spicy chasu beef udon noodle soup, curry beef with rice dan US beef sirloin with rice/udon. Daging yang digunakan adalah daging yang berkualiti dan diimport khas dari US. Haa.. yang bekerja area Publika, anda boleh nikmatinya dengan memesan dan pihak Uji Cha Malaysia boleh COD kepada anda. Spesial kan?

Antara hidangan yang istimewa di Uji Cha Malaysia. Khas untuk peminat Roll cake!

Bukan nama kafe dessert lah kalau tak ada kek. Betul tak? Untuk peminat roll cake anda boleh cuba beberapa perisa kek yang disediakan di Uji Cha Malaysia. Antaranya ialah Matcha Roll Cake, Houjicha Roll Cake, Goma Roll Cake dan yang paling istimewa ialah Chocolat Du Terrine.

Chocolat Du Terrine adalah satu-satunya kek yang diperbuat sepenuhnya dari coklat dan tak menggunakan sebarang tepung. Memang betul cair di mulut okay!

Kafe yang selesa & santai

Kafe Uji Cha Malaysia ni memang sesuai untuk anda yang inginkan persekitaran yang selesa dan santai. Kafe ini juga sesuai untuk anda ambil mood nak buat kerja, study atau menyiapkan tugasan sebelum deadline. Untuk pengetahuan anda, sempena grand opening Uji Cha Malaysia di Publika, mereka akan mengadakan promosi yang hebat.

Jom tengok video Uji Cha Malaysia. Melting wei!

马来西亚炎热的天气是不是让你也想来些解暑的美食呢❓今天如果你来到了KL PUBLIKA那就对啦!不妨来试试看Uji cha他们家的 宇治茶甜点❗️❗️种类超多的??有冰淇淋?,蛋糕?等等还有还有!当然不能错过的就是来杯自己调制口味的Latte❗️口味全由你说了算你是不是也想拍摄如此的广告呢???让对的内容?,找到对的人?,今天就联系我们:m.me/winbeesocial#winbeesocial #food #ujicha

Posted by Winbee Social on Thursday, June 20, 2019

Promosi Grand Opening Uji Cha Malaysia

Dengan setiap pembelian, anda akan nikmati potongan harga hingga 50% untuk item kedua. Caranya mudah saja! Anda hanya perlu LIKE, KOMEN & TAG 3 rakan di post ini dengan kapsyen “Lets UjiCha”. Jangan lupa promosi ini bermula pada 23 Jun hingga 22 July 2019 tau!

*Sah untuk semua hidangan kecuali pencuci mulut & kek
*Promosi ini hanya di Uji Cha Malaysia, Publika

Nah min share lokasi Uji Cha Malaysia.

Lokasi : A2-G2 -5, Solaris Dutamas, No 1, Jalan Dutamas 1, 50480 KL

Jadi tunggu apa lagi? Jom ajak family dan kawan-kawan untuk mencuba semua hidangan di Uji Cha Malaysia. Untuk sebarang informasi anda boleh kunjungi Facebook Uji Cha Malaysia tau. Jangan tak pergi pula ye. Jumpa di sana!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×