Dapur

Resipi Biskut Raya Ringkas Dan ‘Express’ Tak Guna Oven

2.9K
SHARES

“Bila lah aku nak buat kuih raya, siang malam kerja mana nak sempat”

Kalau anda tengah serabut kerana masih belum sempat menyediakan kuih raya dan tak mahu beli di luar, jangan risau kerana dah boleh buat biskut segera yang tak memerlukan anda untuk bakar dan sebaginya. Mudah saja bahan-bahannya untuk didapati dan cara penyediaan pun cepat.

RESIPI BISKUT MUNCYS STRIPE

Saya nak kongsikan biskut yang senang tak perlu bakar. Khas untuk ibu-ibu yang sibuk atau ibu-ibu yang takda oven di rumah. Nama biskut ni saya bagi nama mewah konon-konon. Padahal senang je buat dia. Yang penting gaya mau ada. Cara ada di setiap gambar.

BAHAN-BAHAN

-Biskut muncys

-Coklat masak

-Coklat masak putih

-Cup

-Pengepit

CARA-CARANYA

1. Cairkan coklat. Saya pakai periuk nasi sebab saya buat banyak.Puan-puan suka hati nak cairkan coklat macam mana pun boleh.

2. Masukkan sikit-sikit biskut dalam coklat. Gunakan pengepit masukkan dalam cup.

3. Keringkan kejap biskut yang dah dibubuh dalam cup.

4. Cairkan coklat putih.masukkan dalam plastik.

5. Buat corak atas biskut tu. Saya tak kreatif. Kalau puan-puan kreatif boleh la lukis bunga ke love ke..saya janji siap sudah.

6. Siap!

Sumber : Rahimah Abd Hamid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×