Dapur

Resepi Viral Chili Oil, Sup Pedas Korea & Ramen, ‘Berasap’ Telinga!

6
SHARES

Viral di laman media sosial baru-baru ini apabila ramai yang berkongsikan menu makanan Korea seperti chili oil, sup pedas dan ramen bukan? Mana tidaknya, asyik terliur tengok apa yang dimakan di dalam K-Drama jadi kita pun kena cubalah makanan tersebut di Malaysia.

Buat anda yang merupakan peminat makanan Korea atau yang pertama kali mahu mencuba, apa kata anda cuba resepi viral chili oil, sup pedas dan ramen ini di rumah. Bila makan boleh berasap telinga dibuatnya kerana pedas!

Baca juga: Resepi Japchae Korea Macam Dalam K-Drama, Sedap!

RESEPI VIRAL CHILI OIL, SUP PEDAS KOREA & RAMEN

Macam mana orang Korea tu makan sup pedas habis sebesen yek hahaha aku makan semangkuk kongsi 2 orang pun dah nak terbalik kenyang hahahah.. gais resepi dekat bawah ye..

RESEPI CHILI OIL

-400G minyak masak

-2 biji bawang Holland -dadu

-12 ulas bawang putih- dadu halus

-60G Chili flakes

-Garam

-Gula

1.Panaskan minyak, tumis bawang sampai layu kekuningan dalam api sederhana.

2.Masukkan chili flakes, garam dan gula.

3.Masak dengan api perlahan sampai cili tu semua jadi berketul macam dalam gambar.

SUP PEDAS ALALA KOREA

-3 Biji telur- rebus

-Kimchi secukupnya

-1 paket tauhu lembut

-2 paket cendawan inoki

-1 biji bawang holland -hiris

-2 pokok daun bawang- hiris

-2 inci halia- pecahkan

-6 ulas bawang putih- pecahkan

-5 sudu besar chili oil

-5 sudu besar pes Gochujang hot pepper

-Air masak secukupnya

-Garam

-Gula

1.LETAK AIR,BAWANG PUTIH,HALIA,SEDIKIT DAUN BAWANG REBUS SAMPAI MENDIDIH.

2.DAH MENDIDIH SLOWKAN API,MASUKKAN KIMCI POTONG,MASUKKAN TELUR RENEHKAN SEKEJAP.

3.MASUKKAN GARAM,GULA AKHIR BARU MASUKKAN CENDAWAN INOKI,BAWANG HOLAND DAN DAUN BAWANG TUTUP API.

RAMEN ECO SHOP

-Ramen beli Eco Shop

-2 sudu pes Gochujang

-1 sudu chili oil

-1 sudu sos korea Adabi

-1 sudu kecil kicap pekat

-Garam sikit

-Bijan

-Daun bawang

1.PANASKAN AIR,REBUS RAMEN SEKEJAP TOSKAN.

2.LETAK RAMEN DLM MANGKUK LETAK SOS KOREA,CHILI OIL,PES GOCHUJANG,KICAP PEKAT,GARAM DAN GAUL RATA.

3.TABUR DAUN BAWANG DAN BIJAN SIAP.

Selamat mencuba!

Sumber: Sue Hyda Aqil

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×