Dapur

Resepi Japchae Korea Macam Dalam K-Drama, Sedap!

348
SHARES

Setiap kali berkunjung ke restoran makanan Korea, pasti kita tidak lepas dari memesan menu bernama Japchae bukan? Dari segi rupa seolah-olah suhun goreng, menu japchae ini memang popular dan enak dimakan tidak kira masa. Tapi, bila masih belum dine-in sekarang ini, apa kata anda buat sendiri Japchae di rumah dan lebih puas dimakan. Mudah sahaja!

Baca juga: Cara Buat Susu Strawberi Korea Dengan Jeli, Memang Fresh!

Resepi Japchae Korea

Selalu orang keliru Japchae ni suhun ke? Untuk gambaran lebih jelas, sila lihat gambar terakhir. Saya jawab bukan, Japchae ni hidangan yang menggunakan mi kaca (sweet potato glass noodles), secara fizikal lebih kurang suhun tapi dari bahan yang berbeza. Tekstur mi kaca ni lebih kenyal berbanding suhun yang sedikit halus. Boleh rujuk gambar akhir.

Hari ni saya masak Japchae untuk bekal minum petang suami di tempat kerja. Rasa Japchae ni sedap sebab campuran sayur yang banyak. “Kalau saya nak cuba masak Japchae, tapi guna suhun tak boleh ke?” Boleh je, guna resepi yang sama tapi pastikan suhun yang dimasak tidak terlalu kembang. Saya kongsi resepi di setiap gambar ya.

1.Mi kaca yang diambil separuh dari paket, rebus selama 5 minit. Sehingga lembut, angkat dan toskan. Letak tepi. Ini dia mi kaca atau nama lain, Sweet Potato Noodles. Saya beli ni di pasaraya besar (Lotus/Aeon/Shopee pun ada). Harga lebih kurang RM11 tapi boleh guna 3 kali hidangan. Saya letakkan Mi Kaca sebelah Suhun, supaya nampak perbezaan.

2.Campuran sayur mesti mempunyai 5 jenis warna yang pelbagai.

1. Hijau – Sayur pak choi atau bayam, rebus dan toskan.
2. Kuning – Telur ayam dimasak dadar.
3. Jingga – Lobak merah, dihiris memanjang dan sangai di atas kuali dengan secubit garam.
4. Putih – Bawang Holland, dihiris dan disangai.
5. Hitam – Cendawan shitake /kulat hitam / daging perap kicap. Hiris memanjang masak.

Sos hitam:

✓ 3 sb kicap cair/masin
✓ 3 sb kicap pekat
✓ 2 sb sos tiram
✓ 2 sb minyak bijan
✓ 1 sb gula/gula perang
✓ 1 sk garam

3.Campurkan kesemua sekali dan masak di atas kuali sehingga sebati.

4.Tuangkan sos hitam ke atas mi kaca yang direbus tadi. Gaul sebati.

5.Masukkan campuran sayur tadi.

6.Tambah biji bijan yang telah disangai.

7.Japchae yang sudah digaul bersama campuran sayur.

Sumber: Zurina Zulkefli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×