Dapur

Cara Buat Susu Strawberi Korea Dengan Jeli, Memang Fresh!

177
SHARES
susu strawberi korea

Bulan puasa ini memang kita akan pentingkan juga juadah minuman yang sedap-sedap bukan? Kalau selalu asyik berbuka dengan air jus buah yang biasa sahaja, apa kata kali ini anda cuba pula susu strawberi bersama jeli yang merupakan resepi dari negara Korea. Tak boleh nak melancong, jadi inilah masanya kita cuba minuman Korea ini di rumah sahaja. Jom try!

BAHAN-BAHAN SUSU STRAWBERI KOREA

-20 biji buah strawberi dicuci bersih (ikut nak letak banyak atau sikit)

-130gram gula (ikut juga kepada keinginan masing-masing)

-Air buah lemon

-Jeli strawberi

-Susu full cream

-Ais

CARA-CARA

1.Blend secara kasar buah strawberi

2.Kemudian, masak strawberi yang sudah dikisar bersama gula sehingga pekat.

3.Setelah masak, tuang ke dalam bekas. Masukkan jeli, ais dan juga susu. Anda juga boleh gunakan yougurt untuk gantikan susu.

susu strawberi korea

Selamat mencuba!

Sumber: @cookingwithhel

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×