Dapur

Cara Masak Thai Tomyam Viral Hanya Dengan 7 Langkah Mudah, Memang ‘Kaw’ & Wangi!

68
SHARES

Tomyam merupakan hidangan yang tidak asing lagi bagi kita. Makanlah pada waktu bila sahaja, pasti hidangan ini kena dengen selera dan tekak rakyat Malaysia walaupun asal usulnya adlaah dari negara jiran, Thailand. Namun, keenakan tomyam ini pasti akan berbeza jika teknik dan resepi yang digunakan adalah berlainan.

Walaupun nampak mudah, sebenarnya cara masak tomyam ini memerlukan perhatian yang tinggi bagi mendapatkan rasa pedas, masam dan berlemak macam apa yang anda makan di Thailand. Jadi, ini merupakan perkongsian viral resepi tomyam menggunakan santan, rasa sama macam apa anda makan di negara jiran!

BAHAN-BAHAN TOMYAM

Beberapa ketul hirisan ayam

– 3 ekor udang

– 1 ekor sotong

– Lengkuas

– 2 batang serai

– 3-4 helai daun limau purut

– 1 pek Pes tomyam

– 1 biji limau nipis

1) Panaskan minyak dan tumis setengah pek tomyam. Lagi setengah pek simpan dulu.

2) Bila dah pecah minyak, masukkan tulang ayam, kepala udang, serai lengkuas, akar daun ketumbar. Jangan lupa basuh bersih akar daun ketumbar. Itu secret ingredient nak bagi tomyam lagi sedap.

3) Bila dah kesemua tu gaul sebati, letak santan. Separuh kotak pun dah cukup.

4) Gaul kan sebati. Biarkan seketika. Kemudian masuk kan air dan biar kan ia mendidih.

5) Selepas mendidih baru lah boleh letak bahan-bahan yang lain seperti udang, ayam dan sotong tadi. Dan jangan lupa daun limat purut dan perahan limau nipis. Kalau sukakan lagi masam, boleh perah lagi banyak. Lagi separuh baki pes tomyam tu, masa ni boleh letak. Dan sebelum tutup api, perasakan dengan garam dan gula.

Siap untuk dihidangkan!

Sumber: Hafiz Rahman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×