Dapur

Selain Tart Nenas Gulung, Ini Pula Resepi Tart Nenas Kiub Viral Yang Anda Kena Cuba!

1.5K
SHARES

Sudah masuk minggu kedua kita berpuasa. Pastinya di samping membuat persiapan buka puasa dan beribadah, persiapan untuk menyambut lebaran juga giat dijalankan. Salah satu elemen penting dalam menyambut lebaran sudah pastinya kuih raya yang akan dihidangkan kepada tetamu yang datang beraya. Tart nenas adalah antara kuih raya yang paling popular dan paling digemari oleh kerana rasanya yang masam-masam manis.

Mungkin anda pernah tengok tart nenas gulung, tart nenas bunga dan tart nenas buah kan? Mungkin kali ini anda boleh cuba pula buat tart nenas dalam bentuk kiub yang sememangnya tengah viral sekarang ini. Selamat mencuba!

TART NENAS KIUB

Bahan-bahan

-1 cawan butter@ marjerin (saya guna buttercup je)

-2 sudu besar gula Kastor @ 2 sudu besar susu pekat

-1 sudu kecil esen vanilla

-2 sudu besar minyak sapi

-2 sudu besar susu tepung (optional)

-1 biji kuning telur

– Secubit garam

– ¼ cawan tepung kastard (Ayak)

– ¼ cawan tepung jagung (Ayak)

– 2 ½ cawan @ secukupnya tepung gandum (Ayak)

*Jika doh lembik sila tambah tepung gandum secukupnya*

Bahan hiasan

-Kuning telur + sedikit pewarna kuning

Cara-caranya

-Satukan butter, telur, gula/susu pekat, esen vanilla, minyak sapi, garam.. Pukul sebati, guna senduk kayu je..

-Masukkan susu tepung, tepung jagung, tepung kastard.. Pukul lagi..

-Masukkan pula tepung gandum sikit demi sedikit.. Uli doh dengan tangan.. Jika doh melekat dekat tangan, tambah tepung gandum dalam 1@2 sudu besar.

-Masukkan doh dalam mould, letak separuh je, nanti letak inti, pastu tutup degan doh.. Simpan dalam peti lebih kurang sejam.. Boleh keluarkan dari mould..

-Sapu tray dengan sedikit butter, susunkan tart dalam tray dan sapukan kuning telur diatasnya.. Bakar lebih kurang 25-30min.. Suhu 170c.. Api atas bawah..

*Nampak menyelerakan!

Sumber : Siti Norizan 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×