Dapur

Resepi Sotong Kangkung Kuah Kaw & Pekat, Memang Sama Macam Di Penang!

1.1K
SHARES

Sotong kangkung merupakan salah satu hidangan yang diburu pelancong apabila tiba di Pulau Pinang. Selalunya, hidangan ni jarang dibuat sendiri di rumah kerana ia lebih kerap dibeli. Sebenarnya, menu ini akan jadi lebih sedap dan menarik kerana bahannya yang segar dan kuahnya yang sedap! Jadi, doktor ini kongsi resepi sotong kangkung dan rahsia kuahnya.

Sotong Kangkung by Kamarul Ariffin Nor Sadan

Pernah makan sotong kangkung? Saya nak beritahu bahan rahsia yang akan buat kuah sotong kangkung kalian lebih istimewa dan unik!

BAHAN-BAHAN:

1 ekor sotong kembang

1 cekak kangkung

3 sudu sos merah (resepinya ada pada gambar)

1 sudu petis (otak udang)

1 sudu sos plum

1 biji cili padi

3 sudu kacang tanah

1 sudu bijan

CARA-CARA:

1.Bersihkan sotong. Ada orang basuh guna cuka. Ada guna kapur. Ada guna limau. Terpulang. Asalkan bukan kapur barus. Kemudian potonglah ikut saiz yang kalian selesa. Saya potong 2x4cm.

2.Kemudian celur dalam periuk! Alamak lupa hidupkan api. Kah kah kah! Celur sotong tu nanti, jangan lama sangat, kadang jadi rubber.

3.Sementara tu kita siang kangkung. Kalau tak suka batangnya, maka buang. Saya suka makan batang kangkung, rangup, jadi tak buang.

4.Selepas sotong dah siap. Celur kangkung pula. Tak payah lama. Kalau layu sangat, dah tak rangup. Tak nak syok nak baham karang.

5.Ha! Kan dah cakap jangan lama-lama! Orang suruh celur, bukan rebus! Tengok ni! Habis layu. Lodoh jadinya. Ish ish ish!

6.Sebab sibuk sangai bijan ni lah, kangkung saya jadi lodoh!

7.Kacang tanah yang dah ditumbuk pun sangai sekali. Nampak tak, tengah kacau kacang dengan penuh marah tu. Haha! Kacang & bijan letak tepi dulu.

8.OK ni sos merah ramuan rahsia! Padu benda ni! (dapat 1 cawan sos), 4 sudu besar taucu manis (masin pun OK), 8 sudu besar gula Melaka, 2 sudu besar minyak bijan, ½ sudu kecil cili boh, ½ sudu kecil pes asam jawa, 2 sudu kecil tepung jagung. Cara penyediakan sos lengkap di sini .

9.Untuk buat kuah sotong kangkung yang padu teruk, kita campur sos merah tadi, petis(otak udang), dan sos plum. Gaul rata. Lepas tu masukkan hirisan cili padi kalau nak pedas.

10.Susun kangkung, lempar sotong atas dia, tuang kuah ke atas dia, tabur kacang tanah dan bijan! Siap! Rasa kenyal sotong, dan kuah masam masin manis pedas, serta rangup kacang tu, memang nyaman di mulut!Cara masakan boleh lihat pada kapsyen gambar. Jemput follow saya untuk ikuti resepi-resepi bergambar #DapurKAN.

Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan

Most Popular

To Top
×