Dapur

Resepi Roti Sardin ‘Confirm’ Ketagih. Mudah Je Nak Buat!

15.1K
SHARES

“Alahai banyak lagi roti ni dah muak nak makan. Esok dah nak expired. Nanti tak makan membazir pulak…”

Kadang-kadang bila ada banyak lagi roti di rumah, rasa dah tak lalu nak makan dengan jem atau sekaya. Tapi nak tak nak kena habiskan juga memandangkan tarikh luputnya makin hampir.

Apa kata cuba resepi ringkas yang dikongsikan oleh saudari Farhana Ismail ini. Mudah je nak buat tapi sedap sangat sampai asyik ulang-ulang makan tanpa sedar!

Jom tengok resepi penuhnya di bawah ini.

Resepi Roti Sardin ‘Confirm’ Ketagih. Mudah Je Nak Buat!

Berikut adalah senarai bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Sardin
  • Cili padi
  • Bawang merah
  • Serbuk lada hitam
  • Telur
  • Susu full cream (*optional)
  • Roti buku

Cara-cara

1. Buat Inti Sardin

Mula-mula sekali, kita buat inti sardin.

Tumis bawang merah hingga naik bau. Masukkan cili padi dan sardin dalam kuali.

Sambil kacau, sambil hancurkan ikan dalam kuali.

Masak hingga sedikit kering dan tambah sedikit garam dan serbuk lada hitam.

Dah siap cukup rasa semua boleh ketepikan dulu.

2. Lenyek Roti

Sementara tunggu inti sardin tadi sejuk sikit, ambil roti beberapa keping.

Lenyek roti supaya leper. Tujuan kita lenyek ni supaya roti jadi padat, tak mudah terlerai dan tak serap minyak.

Jangan risau kalau tak ada alat untuk lenyek tu. Saya lenyek guna cawan je.

3. Bubuh Inti

Masukkan inti sardin yang kita dah masak tadi kedalam roti.

Lepas tu, kelim roti tu di tepinya supaya intinya tak terkeluar. Saya kelimkan guna garpu je macam dalam gambar di bawah ni.

4. Celup Telur & Goreng

Pecahkan telur dan tambah susu full cream untuk rasa yang lebih lemak dan sedap.

Celup roti tadi ke dalam telur dan goreng dengan sedikit minyak. Tunggu hingga kekuningan dan terbalikkan hingga masak kedua-dua belah.

Resepi roti sardin

Siap!

Beginilah hasilnya. Dah boleh ngap. Fuhhh, simple sangat kan? Tapi serius memang sedap makan macam ni. Sampai tak perasan boleh habis sebuku roti.

Tak percaya, cuba buat untuk suami masa balik kerja petang-petang. Mesti senyum meleret sampai ke telinga!

Nak buat untuk sarapan pun sesuai, dapat pula kalau makan panas-panas dengan kopi atau teh. Memang ‘terangkat’ dibuatnya.

Ok dah tahu resepi ni jangan lupa buat di rumah nanti. Senang sangat. Bahan pun mudah. Rugi tak cuba.

*Resepi roti sardin goreng ini dikongsikan oleh Farhana Ismail menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan boleh follow post asal beliau di SINI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×