Dapur

Kejap Je Habis Sebuku Kalau Buat Roti Goreng Lemak Manis Ni. Semudah ABC!

3.2K
SHARES

“Ish, banyak lagi roti ni. Tak lama lagi dah nak expired. Nak buat apa ye. Kalau buat sandwich, mesti budak-budak ni dah bosan. Kalau nak buat roti sosej, sosej pulak tak ada.”

Kadang-kadang kita tak ada idea nak buat apa lagi dengan roti biasa kan? Tapi kena juga habiskan sebab tarikh luputnya dah nak dekat. Apa kata cuba buat roti goreng lemak manis ala french toast hasil olahan Puan Ratna Sari Zain ini.

Menurutnya, anak-anak memang suka sangat dengan roti kalau dibuat begini. Rasanya lemak manis. Belum habis goreng dah habis berketul-ketul. Walaupun cuma guna roti biasa, tapi sedapnya lain macam!

Yang menariknya, ianya sangat mudah dan hanya menggunakan beberapa bahan saja yang memang dah tersedia di rumah. Jom tengok bahan-bahan tersebut dan cara membuatnya di bawah.

Resepi Roti Goreng Lemak Manis Ala French Toast

Bahan

  • Telur 3 biji
  • Susu pekat manis 2 @ 3 sudu besar
  • Secubit garam
  • Roti potong (besar)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

1. Campurkan Telur & Susu Pekat Ke Dalam Mangkuk

Mula-mula, pecahkan telur. Masukkan susu pekat dan garam. Kacau hingga sebati.

2. Celupkan Roti

Kemudian, potong roti ikut suka dan celupkan dalam adunan tadi.

 

3. Goreng

Bila kuali dah panas, bubuhkan sedikit minyak dan bolehlah goreng seperti biasa.

Kalau goreng dengan butter pun boleh, lebih wangi. Tapi tak perlu bubuh garam ya kalau nak guna butter yang dah sedia masin @ salted butter.

Bila dah nampak garing atau keperangan, bolehlah balikkan. Lepas tu angkat dan toskan. Siap!

Beginilah Hasilnya

Ha, semudah ABC dah siap dah roti goreng lemak manis kita. Mungkin ada yang biasa buat sebelum ini, tapi tak pernah pula terfikir nak tambahkan susu pekat kan?

resepi roti gardenia

Jadi apa lagi, kena cubalah sebab memang rasa lemak manis-manis tu akan menaikkan lagi rasa. Boleh dimakan begitu saja. Anda mesti akan rasa perbezaannya.

 

*Resepi roti goreng lemak manis ini disumbangkan oleh Puan Ratna Sari Zain menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk lebih banyak resepi dan perkongsian, boleh follow beliau di SINI. #resepikakrat

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×