Dapur

10 Resepi Paling Mudah & Lazat Guna Lebihan Roti Gardenia

Kadang-kadang pening juga nak habiskan baki stok roti yang kita ada. Tarikh luput pun dah nak dekat.

Sebenarnya daripada cara biasa kita makan roti dengan cara sapu jem atau buat sandwich, sebenarnya banyak lagi resepi yang kita boleh buat dengan roti yang hampir expired ni.

10 Menu Lazat Yang Boleh Dibuat Dengan Lebihan Roti Gardenia

1. Puding Roti

Bahan-bahan

  • 6 keping roti
  • 4 biji telur ( dipukul)
  • 1 tin susu cair / 2 cawan susu segar
  • ¾ cawan gula pasir
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar mentega
  • ½ cawan kismis (atau apa-apa topping lain)

Cara-cara 

  1. Panaskan oven pada suhu 170 o c.
  2. Sapu mentega pada roti
  3. Potong roti kecil-kecil atau potong dua
  4. Susun roti dalam loyang yang sudah disapu mentega dan ditabur kismis
  5. Dalam bekas lain, satukan telur yang dipukul dengan susu, gula, serbuk kulit kayu manis dan esen vanilla. Pukul sebati dan tuangkan ke dalam loyang.
  6. Tekan-tekan roti menggunakan garpu supaya semuanya terendam dalam adunan telur tadi sepenuhnya.
  7. Bakar selama 45 minit
  8. Siap dihidang

Sumber Resepi: Diari Kurus

2. Cucur Roti

Bahan-bahan

  • 4 keping roti (potong bahagian tepi)
  • 2 biji telur
  • 2 biji bawang merah
  • Lobak merah yang diparut
  • Sedikit daun bawang yang dicincang halus
  • Sedikit ikan bilis
  • Sedikit garam

Cara-cara 

  1. Goreng ikan bilis dan tumbuk halus.
  2. Carikkan roti menjadi cebisan kecil.
  3. Gaul kesemua bahan hingga sebati.
  4. Uli dan bentukkan sehingga menjadi bebola kecil.
  5. Panaskan minyak dan goreng sehingga perang.

Sumber resepi: Keluarga

3. Bingka Roti

Bahan-bahan

  • 5 keping roti gardenia
  • 2 biji telur yang dipukul
  • 1 cawan tepung gandum
  • ½ sudu cawan gula pasir
  • ½ sudu  sudu kecil garam
  • 400ml santan
  • 100ml susu segar / susu cair
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara

  1. Carikkan roti dan rendam dengan santan. Biarkan sementara.
  2. Satukan susu segar atau susu cair dengan tepung gandum dan telur, sebatikan dan tapis. Boleh kisar di dalam blender untuk dapatkan adunan yang lebih halus. Masukkan esen vanilla dan gula pasir. Kacau sebati.
  3. Sediakan loyang dengan sapukan bahagian dalam dengan mentega. Masukkan roti yang sudah direndam santan dan adunan tadi di dalam loyang. Bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 170 Oc selama 45 minit.
  4. Bakar bingka sehingga coklat keperangan. Biarkan sejuk dahulu sebelum diterbalikkan dan dipotong.

Sumber resepi: MyResepi

4. Lasagna Roti

Bahan-bahan 

  • 12 keping roti
  • 3 biji telur
  • 200ml susu segar
  • 8 keping keju
  • 1 cekak daun sup
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 4 sudu besar sos lada hitam
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 300 gram daging cincang
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 biji bawang besar ( dicincang)
  • 1 cubit garam dan gula

Cara -cara 

  1. Sapukan keseluruhan loyang dengan mentega.
  2. Pukul telur dan susu sehingga sebati.
  3. Celup roti ke dalam bancuhan susu tadi dan susun ke dalam bekas sehingga penuh.
  4. Tuangkan separuh dari inti tadi ke atas roti dan ratakan.
  5. Susun kepingan keju ke atas daging.
  6. Ulangi dan tambah lagi satu lapis roti dan daging.
  7. Akhir sekali, taburkan parutan keju di atas lapisan atas sekali.
  8. Jika ada lebihan telur, siramkan di atas roti.
  9. Bakar pada suhu 180 darjah Celsius selama lebih kurang 40 minit.

Sumber resepi: RASA

 

5. Karipap Roti

Bahan-bahan 

  • Roti
  • 1 bji telur dengan secubit garam, serbuk lada hitam & daun bawang dicincang
    (boleh gunakan inti karipap biasa, atau sardin)

Cara-cara 

  1. Sediakan inti telur dengan goreng menjadi telur hancur.
  2. Canai nipis roti dan sapu dengan mentega cair di kedua-dua permukaan roti. Kemudian, letakkan inti telur di tengah-tengah.
  3. Boleh letakkan sos cili mengikut citarasa. Lipat roti menjadi segi tiga seperti karipap.
  4. Tekan sudut degan garpu pada keliling roti supaya tidak terbuka. Boleh juga gunakan penekap karipap.
  5. Bakar atau goreng dalam minyak panas.

Sumber resepi: MyResepi

6. Roti John

Bahan-bahan 

  • 6 keping roti
  • 3 biji telur
  • 2 keping daging burger
  • Segenggam kubis yang dihiris nipis
  • Daun bawang / daun sup
  • Bawang besar setengah biji yang dipotong dadu
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara- cara

  1. Potong kasar daging burger.
  2. Pukul telur dan masukkan daging.
  3. Masukkan semua sayuran yang sudah dipotong
  4. Tuangkan semua ke dalam kuali leper. Ratakan semua bahan.
  5. Susun lapisan keju.
  6. Tutup dengan roti dan tunggu sehingga masak
  7. Terbalikkan roti dan masak hingga rangup.
  8. Hidangkan bersama mayonis dan sos.

Sumber resepi: Facebook Haz Anna Hasan

7. Jejari Nestum Susu

Bahan-bahan 

  • Roti putih
  • Coklat masakan
  • Nestum

Cara-cara

  1. Potongkan roti kepada bentuk jejari. Susun atas loyang dan bakar dalam ketuhar sehingga garing.
  2. Cairkan coklat masakan dengan teknik ‘double boil’. Boleh masukkan sedikit air untuk cairkan coklat.
  3. Celupkan jejari roti yang sudah dibakar pada coklat masakan.
  4. Kemudian, golekkan pada nestum sehingga rata.
  5. Tunggu coklat mengeras dan lepas itu bolehlah makan.

Sumber: SirapLimau

8. Roti Pizza

Bahan-bahan 

  • Roti
  • Keju
  • Sosej yang dicelur
  • Cendawan butang dipotong kecil dan dicelur
  • Sos spaghetti
  • Bawang merah dipotong halus
  • Cili besar dipotong halus
  • Daun parsley

Cara-cara 

  1. Sapu roti dengan sos spaghetti
  2. Letak semua bahan yang telah dipotong.
  3. Setelah disusun, letakkan keju diatasnya dan bakar dalam ketuhar atau atas kuali leper dengan api sederhana.
  4. Siap untuk dihidang.

Sumber resepi: Facebook

9. Nugget Ayam

Bahan-bahan 

  • Dada ayam 500gm
  • Roti putih 5 keping
  • Susu segar 1 gelas

Bahan perasa

  • Bawang putih 3 ulas : cincang
  • Bawang merah 1 biji : cincang
  • Serbuk lada putih : 1 sudu teh
  • Baking powder : 1 sudu teh
  • Garam : 1 sudu teh (sis guna garam bukit)
  • Oregano kering : 1/2 sudu teh
  • Thyme kering : 1/2 sudu teh

Bahan salut

  • tepung gandum 2 sudu makan + tepung beras 1 sudu makan
  • telur ayam
  • serbuk roti / bread crumb

Cara-cara 

  1. Cincangkan dada ayam halus-halus. Boleh guna food processor atau pisau biasa.
  2. Potong / koyakkan roti kecil-kecil. Tuangkan susu ke atas roti.
  3. Hancur-hancurkan roti yang dah dituang dengan susu.
  4. Campurkan semua bahan: dada ayam, campuran roti dan susu, serta bahan-bahan perasa di atas. Gaulkan sebati.
  5. Kukus hingga masak sekitar 30 minit.
  6. Sejukkan dan potong kecil-kecil.
  7. Salutkan dengan telur, tepung, dan kemudian bread crumb.
  8. Bekukan dan boleh digoreng.

Sumber resepi: Facebook El Musliha Katiman

10. Aiskrim Goreng

Bahan-bahan 

  • Roti putih
  • Aiskrim (apa-apa perisa)

Cara-cara

  1. Leperkan roti 2 keping. Letak aiskrim atas sekeping roti.
  2. Lapikkan atas roti yang ada aiskrim tadi. Tekap guna cawan kuat-kuat supaya tepinya tertutup rapat.
  3. Simpan dalam bekas dan sejukkan dalam peti sejuk beku.
  4. Bila nak makan, keluarkan dan gorengkan dalam minyak yang betul-betul panas.
  5. Siap untuk dihidang.

Sumber resepi: Facebook Lia Suhana

Simple Tapi Sedap

Sebenarnya kalau kita kreatif dalam mencipta hidangan, pasti kita tak akan bosan dan lebih bijak menggunakan bahan-bahan yang ada saja dekat rumah. Daripada membeli juadah-juadah di luar, apa kata cuba resepi-resepi ini.

Kebanyakannya sangat mudah untuk dibuat di rumah. Bahan-bahan yang diperlukan pun senang didapati. Selamat mencuba!

Yang Popular

To Top