Dapur

Resepi Nasi Beriani Mudah Sangat Dengan Ayam Goreng Mamak Special. Memang Best!

18.4K
SHARES

Aroma nasinya yang wangi, ditambah pula dengan ayam goreng special dan kuah yang power. Pendek kata, Nobody will say ‘no’ to nasi beriani kan?

Sesekali teringin nak buat nasi beriani dekat rumah.

Kalau buat dekat rumah ni, kita boleh buat ikut selera tekak kita. Mana part yang suka kita lebihkan, yang tak berapa suka tu boleh kurangkan atau tak payah bubuh langsung.

Apapun, kena juga tahu cara asasnya supaya rasa tu tak lari jauh. Hehe.

Jom tengok resepi nasi beriani yang mudah je tapi sedap tau. Resepi ini  dikongsikan khas oleh Nur Aisya menerusi Facebook.

Resepi Nasi Beriani Simple

Bahan-bahan

  • Beras (saya guna Moghul Basmathi – rendam setengah jam dan tos kan)
  • Rempah Beriani Mak Siti
  • Bawang besar – dihiris
  • Halia – dihiris
  • Tomato – buang biji dan hiris
  • Rempah tiga sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
  • Kiub pati ayam
  • Daun pandan
  • Susu sejat setengah tin
  • Marjerin

Cara-cara

1. Tumis Bahan

Mula-mula sekali, panaskan marjerin dan tumis rempah 3 sekawan.

Rempah 3 sekawan ni maksudnya kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Kalau beli yang dalam satu paket tu semua ni ada sekali.

Kemudian masukkan halia, bawang besar dan tomato.

Tumis sehingga garing ya.

2. Masukkan Rempah

Masukkan rempah beriani dan kemudian daun pandan.

Boleh guna jenama lain pun tak apa. Saya guna rempah beriani jenama Mak Siti.

3. Perasakan

Lepas tu masukkan kiub ayam dan garam. Tumis sehingga sebati.

4. Masakkan Bersama Beras

Akhir sekali tambah air dan susu sejat ke dalam tumisan.

Masukkan beras ke dalam periuk nasi dan bahan tumis tadi bersama-sama sukatan air yang cukup untuk masak nasi seperti biasa.

Resepi nasi beriani

Ok settle nasi!

Jom tengok resepi ayam goreng Mamak pulak.

Resepi Ayam Goreng Mamak Special

Bahan-bahan

  • Ayam
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk kari
  • Serbuk cili
  • Tepung gandum
  • Garam
  • Ajinomoto
  • Daun kari
  • Halia dan bawang putih (ditumbuk kemudian diperah jus kedalam ayam)

Cara-cara

1. Gaul Semua Bahan

Pertamanya, gaul sebati semua bahan.

Kalau terlalu kering, tambahkan air supaya sedikit demi sedikit supaya bancuhan agak-agak melekat pada ayam.

2. Perap

Tunggu setengah jam supaya bahan perapan tu dapat meresap dalam ayam.

3. Goreng

Lepas tu bolehlah goreng macam biasa.

Siap!

Resepi nasi beriani

Buat nasi beriani memang tak sahlah kalau tak ada kuah dalca kan.

Ini resepi dalca simple yang saya biasa buat. Mudah je bolehlah cuba.

Resepi Kuah Dalca

Bahan-bahan

  • 3 sekawan
  • Kacang dal (direndam sejam dan direbus empuk)
  • Carrot
  • Kacang panjang
  • Kentang
  • Isi ayam
  • Rempah kari
  • Kunyit serbuk
  • Daun kari
  • Bawang putih, bawang merah dan halia dihiris

Cara-cara

1. Rebus Kacang Dal & Sayuran

Mula-mula rebus kacang dal sehingga empuk dalam sebuah periuk.

Masukkan sekali sayuran seperti carrot, kentang dan kacang panjang. Nak masuk sayur lambat sikit nanti pun boleh.

2. Tumis

Dalam kuali yang lain, tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dihiris tadi bersama daun kari dan rempah 3 sekawan.

Masukkan serbuk kari dan serbuk kunyit. Tumis semua bahan ni sehingga garing.

2. Masukkan Isi Ayam

Seterusnya masukkan isi ayam tunggu sehingga ayam masak.

3. Masukkan Bahan Tumisan Ke Dalam Rebusan Kacang Dal

Kemudian masukkan semua bahan tumisan tadi ke dalam periuk dal yang telah direbus bersama sayur.

Tunggu sehingga kentang empuk.

4. Perasakan

Last sekali letak garam dan ajinomoto. Kemudian tambah santan 3 sudu.

Perasakan secukupnya.

Siap!

Resepi nasi beriani

Kemudian bolehlah tambah lain-lain side dish untuk nasi beriani ni contohnya papedom atau acar nanas dan timun. Nak rebus telur ke.

Ikutlah selera masing-masing ye.

Resepi nasi beriani

Sedia Untuk Dihidang

Dah siap semuanya, bolehlah makan ramai-ramai.

Beginilah hasil masakannya bila dah bergabung semua tadi.

Resepi nasi beriani

Mudah je kan. Rugi tak cuba.
Kalau tak ada beras basmathi tu boleh juga guna beras biasa.

Boleh adjust mana yang sesuai ok!

Selamat menjamu selera.

 

*Resepi nasi beriani simple ini dikongsikan oleh Nur Aisya melalui Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×