Dapur

Resepi Nasi Ayam Power. Ini Rahsia Kulit Ayam Cantik Berkilat & Sedap!

25
SHARES

Menu nasi ayam sudah menjadi hidangan yang boleh dinikmati di mana-mana sahaja di Malaysia. Menjadi kegemaran pelbagai lapisan umur masyarakat yang mempunyai pelbagai identiti. Maka tidaklah hairan, jika makanan ini juga mempunyai restorannya sendiri yang hanya menjual nasi ayam sahaja kepada pelanggan.

Menariknya hidangan ini, didatangkan satu set lengkap bersama nasi ayam berwarna kuning keemasan, sos pencecah, ulam-ulaman, kuah sup dan yang paling penting kerangupan ayam.

Kali ini, bagi menampakkan kelainan Niq Ain telah berkongsi resepi nasi ayam berkilat yang menekankan kepada ayam itu sendiri yang nampak begitu menyelerakan.

Baca juga: Resepi Bakso Sambal Cili Power, Sama Macam Di Indonesia!

RESEPI NASI AYAM POWER. INI RAHSIA KULIT AYAM CANTIK BERKILAT & SEDAP!

Hari ni saya kongsi resepi saya yang amat senang iaitu…

RESEPI NASI AYAM BERKILAT YANG MUDAH!

1. RESEPI NASI

  • Beras
  • Air
  • Pewarna atau serbuk kunyit.
  • Garam sedikit.
  • Hirisan halia.
  • Serbuk pati ayam sedikit (kiub knorr pun boleh).

2. RESEPI SUP

  • Air
  • Bawang putih ketuk 3 ulas.
  • 5 keping halia hiris.
  • Buah pelaga 3 biji.
  • Biji lada putih (black pepper yang dibuang kulit).
  • Serbuk pati ayam (kiub knorr pun boleh).
  • Sedikit garam.

Masak sekaligus sehingga mendidih dan siap. Taburkan bawang goreng dan daun sup daun bawang.

3. RESEPI AYAM BERKILAT

  • Ayam bersih setengah ekor (saya guna yang sederhana sahaja sebab makan dua orang) jika ayam besar, masa bakar tu lebihkan ya.
  • Kicap manis.
  • Serbuk lada hitam (saya guna yang Sarawak).
  • Madu

Perap selama yang boleh (minimum 1/2jam) pastikan balik-balikkan ayam supaya perapan rata.

Bakar 150c selama 1 jam di dalam airfryer / Bakar 150c selama 1.15minit di dalam oven.

15minit sebelum masa tamat, sapukan madu dan sedikit renjisan minyak bijan.

Siap bakar keluarkan untuk dipotong dan hidang.

4. RESEPI SOS NASI AYAM

Sambal dah sedia ada (sambal cili padi merah/sambal jantan) dicampur dengan sos pencicah thai mae pranom dan sedikit air panas.

5. ULAM-ULAMAN

  • Salad romaine (saya suka guna salad ni).
  • Tomato
  • Timun batang

Sekian resepi, selamat mencuba.

Sumber: Facebook Niq Ain via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×